Wednesday, December 31, 2008

it's a war, not a dance floor...

kehausan.
di tengah-tengah medan.
tiada teman gurauan
tiada rakan sendaan.
ketakutan.
harus segera dimatikan
khuatir dimalukan
seluar menjadi
kain basahan.
dilontar bom darah
meletus minda dendaman
meragut jiwa kesayangan
nah! terkesan
sehingga di pembaringan.


desembertigapuluhsatu
duabelastigapuluhmalam

Saturday, December 20, 2008

[apabila sibuk datang menyibuk]


argh!
gpa tiga perpuluhan kosong dua
cgpa tiga perpuluhan tiga satu..
jatuh lagi ia.
manalah hala arah tujuku
yang dulu?


thorrinre
semalam yang bingung
des 20, dua ribu delapan

sekitar 1 lima puloh pagi yang dingin

Thursday, December 18, 2008

"baling BATU,sembunyi TANGAN??"

in response to "Apa Ada Dengan Cheering?"
(http://koleq9094.blogspot.com)

tentera merahputihkuninghitam

diketawakan
menjerit di tepi padang
melagukan kemenangan
meredhakan kekalahan
merawat kelesuan
mengindahkan pemandangan
dibaling batu
sembunyi tangan.

dicerca
menyanyikan kesabaran
merakamkan kebencian
mengakui kelemahan
dibaling lagi batu
cedera di dahi kanan.

ibarat neraka
di dewan dimaki pula
kipas mati entah bila
kerusi bukan di tempatnya
kemerahan tangan
kebencian hati
meledak jiwa
dibalas ketika menjadi raja.

syurga di luar menanti
kitab telaah perlu dikaji
walau makanan telah disaji
mata terbayang
katil di sisi.

december 18, 2008
myHome


Saturday, December 13, 2008

~eid-ul Adha~[dan ia t'lah tiba]

"saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan...
SALAM AIDILADHA"




Thursday, December 04, 2008

ku persembahkan lantera


Apabila dah dewasa
bukanlah dirimu bermakna tua
sekadar angka bertambah cuma
satu menjadi dua.

Bawalah lantera ini
ke segenap perjalanan
menerangi kegelapan
berpanjangan.
Kerana di hutan
hanyalah bintang
menjadi panduan
hanyalah mentari
tanda pertambahan
hanyalah sungai
tanda kebebasan.

namun kebebasan
ini tiada hakiki,
terkesan sementara cuma.
terkesan secukup rasa.

**selamat hari jadi ke 22 buat yang teristimewa~
++semoga bahagia sentiasa hendaknya, selamanya.

Wednesday, December 03, 2008

[L.R.I.Q] biarlah ~ Nidji


Aku sudah berlari
Mengejar yang tak pasti
Mengejar kamu... hanya dirimu...

Kulantunkan hidupku
Kubisikkan cintaku
Hanya untukmu... hanya untukmu...

Tapi engkau terus pergi
Tapi engkau terus berlari
Jadi biarkanlah aku di sini

Biarlah kurela
Melepasmu, meninggalkan aku
Berikanlah aku
Kekuatan untuk lupakanmu

Waktu terus bergulir
Sakit tetap mengukir
Jalan hidupku... jalan hidupku...

Berikanlah jiwamu
Berikanlah cintamu
Hanya untukku... hanya untukku

Tetapi engkau terus pergi
Tapi engkau terus berlari
Jadi biarkanlah aku di sini

Kau jauh dariku
Kau tetap menjauh dari aku.

Sunday, November 30, 2008

UiTM news | TAHNIAH!!! AKPM MILIK KITA~




Top Accolade for UiTM: Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) 2008


UiTM celebrates 52 years of outstanding teaching, learning, innovation and continuous quality improvement efforts on being named the winner of the annual Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) 2008.

http://www.uitm.edu.my/uitmv14


4 langkah perkemas sektor awam

Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan empat langkah menambah baik sektor perkhidmatan awam, termasuk membenarkan mereka yang sebelum ini memilih mengikuti skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyertai skim pencen, mulai tahun depan.

Tiga langkah lain ialah memberi bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota sektor awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, membuat menambah baik skim pegawai hingga pembantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta pegawai kanan hingga konstabel polis.

Tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji turut diumumkan untuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana mempunyai persamaan fungsi dan tugas dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perdana Menteri berkata, semua langkah itu yang sudah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja Sektor Awam baru-baru ini, akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.

Mengenai penukaran skim KWSP kepada skim pencen, Abdullah berkata, keputusan dibuat itu akan memberikan manfaat kepada kira-kira 40,000 anggota sektor awam yang pada masa ini memilih menyertai skim KWSP.

"Tempoh pilihan bermula sebulan mulai 1 Januari hingga 31 Januari dan tarikh kuat kuasanya pula ialah mulai 1 Februari depan.
"Langkah ini membolehkan anggota sektor awam mendapat faedah perubatan dan kemudahan persaraan yang disediakan kerajaan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, tujuan penambahbaikan skim pegawai, penolong pegawai dan pembantu siasatan BPR dan PDRM bertujuan memperkasa kegiatan pencegahan rasuah dan jenayah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperhalusi jumlah perbelanjaan kos berikutan pengumuman yang dibuat itu.

Terdahulu, Abdullah turut menyampaikan 13 Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 iaitu empat anugerah bagi kategori pertama dan tujuh kategori kedua.
Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) membawa pulang wang tunai RM50,000, piala dan sijil, manakala Anugerah Kualiti KSN dimenangi KWSP, sekali gus menerima RM30,000, piala serta sijil

Anugerah Kualiti KPPA dimenangi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menerima RM25,000, piala dan sijil, manakala tiada pemenang diumumkan bagi Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Mampu.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta kerajaan Selangor memberi pertimbangan serius terhadap amaran Tenaga Nasional Bhd (TNB) bahawa separuh Semenanjung berdepan risiko terputus bekalan elektrik jika projek pengukuhan sistem rangkaian di Rawang, gagal disiapkan.

"Kerajaan negeri perlu fikirkan hal ini, takkan nak fikir hal politik saja. Ini penting kerana membabitkan pembangunan untuk rakyat. Nasihat saya kepada kerajaan Selangor, beri tanah diperlukan (TNB untuk melaksana projek itu)," katanya.
www.bharian.com.my

**tahniah diucapkan kepada UiTM kerana telah memperoleh AKPM yang telah menjadi idaman seluruh warga UiTM selama ini. Pastikan ia dapat dikekalkan untuk tahun-tahun berikutnya. insyaAllah~

Wednesday, November 26, 2008

FM2009 | "aduyay..."

Aduyay,
currently, im managing Hull city..hua3..bcoz the kits looks like Perak kot..dats y la i took da chance to manage dis (damn) team.da best result i ever had were beating Man City 1-nil, Newcastle 4-1, and Boro 4-3. da rest? well, a team like this in real world is better than in fantasy (in simple, kalah je memanjang). nw, im at the bottom 3 of the league. if i cant make it, da team will be relegated n i will be sacked!! haa...malasnyer..

Aduyay,
just hoping that this team can survive. i will try to get at least the 17th place of the league. bottom pn jd la..asalkan x kne turun league..


***********************

aku ibarat bayu yang berhembus ke dalam lubuk hatimu,
datang tidak diundang, pergi tanpa sebarang pesan.
kehadiranku tidak kau rasakan,
kehadiranku tidak kan berkesan.
kerana aku hanyalah bayu yang berhembus.
akan terhembus keluar dari lubuk hatimu...

thorrinre
nov 26, 2008


***********************

listen up, guys!!!

The Mona Lisa

its not difficult to make a girl happy...

All you have to do is to be:

1. A friend
2. A companion
3. A lover
4. A brother
5. A father
6. A master
7. A chef
8. An electrician
9. A carpenter
10. A plumber
11. A mechanic
12. A decorator
13. A stylist
14. A sexologist
15. A gynecologist
16. A psychologist
17. A pest exterminator
18. A psychiatrist
19. A healer
20. A good listener
21. An organizer
22. A good father
24. Sympathetic
25. Athletic
26. Warm
27. Attentive
28. Gallant
29. Intelligent
30. Funny
31. Creative
32. Tender
33. Strong
34. Understanding
35. Tolerant
36. Prudent
37. Ambitious
38. Capable
39. Courageous
40. Determined
41. True
42. Dependable
43. Passionate

WITHOUT FORGETTING TO:

44. Give her compliments regularly
45. Love shopping
46. Be honest
47. Be very rich
48. Not stress her out
49. Not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. Give her lots of attention, but expect little yourself
51. Give her lots of time, especially time for herself
52. Give her lots of space, never worrying about where she goes

(IT IS VERY IMPORTANT)

53. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

Tuesday, November 18, 2008

great! it's holiday again. Hope that I can relax a bit during this coming holiday. However, I will be busy doing the following things;
1. Playing RED ALERT 3
2. Enjoying myself while playing FM 2009
3. Enlightened my daily life by playing PES 2009
4. sleep.eat.drink.do nothing.

well, next semester will be another tough semester. InsyaAllah, I will boost up my confidence, level of focus during lecture hours as well as preparing myself as early as possible for any upcoming tests or quiz.

**another semester to go before going back to Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang~

oh ye..im going to do all of the listed things because I wanna decrease my level of nervousness as the exam results is approaching to appear~

Monday, November 10, 2008

[pojok wan mol]"jangan-lah marah, saudara..."



jangan-lah marah, saudara
kita-kan saudara
duduk dalam kampong
bawah satu bumbong.

jangan-lah marah, saudara
jika hati ter-luka
karena kita saudara
bukan musuh durjana.

jangan-lah marah, saudara
penat nan sekelumit cuma
pasti 'kan terubat juga
selamanya bukan sementara.

jangan-lah marah, saudara
bukan semua-nya sama
bukan semua-nya seiya
bukan semua-nya sekata
walau kita ber-saudara.

saudara-ku yang jaoh
saudara-ku yang dekat
saudara-saudara pelayaranku
mari kita pulang
mari kita bertandang
ke tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bertarung.

november 10,2008
setelah Ahad berlalu...

Saturday, November 08, 2008

~|suit up::fly away|~


terus terang,
aku sakit.demam.
penat dengan
tingkah laku
songsang
tunggang.terbalik.
terus terang,
aku tidak hebat.
aku tidak berasa
aku istimewa.aku
hanya insan biasa.
sepenuhnya
aku penat
dan berat
hati.namun
aspirasiku tamat
sudah.cita-citaku
tercapai.benarkan.
benarkan aku pergi.
aku sudah penat.sangat.

p/s:jika aku ada suit batman itu aku tidak akan berlari.tetapi cukuplah sekadar duduk termenung di atas bumbung bangunan.lagak orang kerdil yang angan-angannya mahu jadi perdana menteri yang entah ke berapa.entah berapa umurnya.selayaknya.

Tuesday, November 04, 2008

Piala Itik2 Perkasa duaribulapan

logo kejohanan

preface
alhamdulillah.. berbekalkan semangat "rain or shine, the spirit will never die, the show must go on"...budak2 koleq smpi lebih kurang kul 9 pagi. time tu ak ngan badut tgh duk pasang banner kat blkg goalpost tu. diorg lmbai2 plak..ader ke patut.haha..layan je la..oh ye, trima kasih kpd cikgu Khairi yang menemani diorg dari kuala till manjung.match start lbeh kurang kul 10..abes kul 4...ader mjls penutup sket n diorg pn balik.

anak-anak itik 2008

introduction
overall, i'm impressed with the level of performance shown by the players. they even able to beat us 1-nil during the u-18 koleq vs MCOBs...penat, tp best ar...rasa mcm maen pitch-shifter dulu plak. bezanya, yg ni main kat turf..huhu..38 players, 6 teams. diorang campur2 player. so, dlm 1 team, xde la sumer f1 je atau sumer f4. by doing this, dapatlah tgk saper yg akan dpt maen utk u-18 koleq nx year. target: mcm biase la...nak kalahkan Clifford!!!

cupcake yg setiap player dapat

awards
ni la awards yg x sempat disampaikan pada mjlis penutup mighty ducks cup 2008:
Pelakon Lelaki Terbaik: -
Pelakon Wanita Terbaik: Si Aweq Misai
Anugerah Khas Juri (Haiwan): Musang (yg Badut langgar kul 2am... haha)
Anugerah Khas Juri (Makanan): Roti Canai (kt tmpt breakfast tuh...bkn mkcik hai tuh..)
Fairplay Match: MCOBs vs u-18 Koleq (5 minit je kot..) lost 0-1
Soundtrack terbaik: Butterfingers ~ K.E.M.B.A.L.I

bapak-bapak itik

closure
pape pn, just nk mintak maaf kt korg sumer sbb dtg lmbt n blah awal..huhu..sorry sbb raff n badut hv to wait for me till late. promise wont do that again.. insyaAllah, nx tym kite blk koleq and train bdk2 tu ckup2.. thanks gak to all esp KNO, Mpro, cibiok (hope i spelt it rite), Pak Tuan, etc.. without u guys, this tournament wont b a success :-)

banner

photos: cilok dr KNizam94 pny Flickr, epit pny blog serta koleq9094.blogspot.com...

Malam Anugerah Pelajar INTEC 2008


31st October 2008
Kelab Shah Alam
8.00pm – 11.00pm

Alhamdulillah, Kolej Cendana won a few awards that night. Perhaps, more than what we’ve won the previous year. The followings are the achievements of Kolej Cendana:

Aktiviti Kolej Terbaik: Internationalization to Singapore (Disember 2007), organized by Biro Korporat dan Pengantarabangsaan
Bilik Terbaik : 2/310 (Blok 2)
Pemimpin Kolej Terbaik: Hazwan b Hamdan, YDP JPKC 2007/08
PPP Paling Aktif: Pn. Jamilah bt Mohd Shariff (Penasihat JSC, Penasihat Program Ihya Ramadhan 2007, Penasihat Program Ihya Ramadhan 2008, Penasihat Program Memasak Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa Kolej Cendana)

Next year, JPKC will plan more activities for the benefit of everyone. I hope that JPKC will cooperate with other INTEC’s clubs and societies in organizing big events. This will boost up the number of our participants and of course the people who will run the activity.

Wednesday, October 29, 2008

gua x sangka

gua x sangka
ada gak malaun sutung macam tu.
gua x sangka
ada gak yang cari popluariti cara tu.
gua x sangka
ada gak yang gila tapi x mengaku
gua x sangka
kerana perempuan
prinsip diri dilanggari
prinsip diri dibunuh keji
prinsip diri dianak tiri

i dunno y~

"i ve scattered my heart, i ve punished my mind and i let myself being fooled by fools..."

17 - 19 oct 2008 - xpdc gunung dato', negri9..
**celebrating my burfday while climbing dat mountain...

20 oct - sleeping day (day to regenerate and reenergise self)

21 - 24 oct - finishin up my e-portfolio + sociolinguistics' research

25 - 27 oct - playing games, revising literary texts 4 exm..

28 oct - lost my hp and wallet together wif my IC, m3x card, driving licsense,small amount of money, etc..

29 oct - spending da damn whole day going to JPN, bank islam, bsn, maxis centre...

**unable to update dis properly...
**wish me luck 4 finale (got 3 papers dis sem)

Tuesday, October 14, 2008

irony

I

it's very good (irony), however you should perform slightly better next time (reality).
i don't understand and i have no idea. when positive is described as negative, negative sometimes cannot be both. depends on the factory called brain and a strong robotic machine called soul...

II

ada berpuluh jalan ke sana
hanya satu yang benar
ada beratus pemipin mengetuai kita
hanya satu berupaya memayungi kita

oct 14 2008
1530

Thursday, October 09, 2008

::MadnesS::

ini adalah minggu kegilaan
ini adalah minggu tertekan
bukan kerana detik penurunan
tetapi kerana kesilapan

Sunday, October 05, 2008

'idul fitr~

selamat menyambut hari raya aidil fitri.
smoga salah dan silap dimaafkan
smoga khilaf segera ditangani
smoga kebenaran ditunjangi
smoga batil dinafi.
~maaf zahir batin~

Wednesday, September 24, 2008

Dugaan Ramadhan...

"hanturr..."
"mana ada hantu time ramadhan ni giler!"
"haha..mutut..mutut..."
"amacam quiz tadik?"
"haha..ajaib bin pelik"
"apa yang ajaib? bila die kawen?"
"haaa~ tu la kau..cakap mengarut. sekali aku mengarut, ko x faham."
"sepanjang quiz, aku ngantuk giler.tulis mengarut walaupun aku igt most of the jawapan."
"abes tu?"
"abes la jawabnya, quiz aku. jawab dalam ngantuk, sama ar mcm drive time ngantuk.nahas bai..yang peliknya, 10 minit before time, elok plak mata aku.."
"dugaan tu, wan.."
"yup, betul tu, wan...dugaan ramadhan..."

Tuesday, September 23, 2008

am I going to be a Bapak Itik??

no...not bapak Ayam
Damn it!!

haha...life has changed in a blink of an eye~
do hope that i can help the team a lot.
MightyDucks (or, whatever the name is...) here I come!

thor will return with no new things
just me, accompanied by a stick and two balls..haha (irony,eh?)

p/s: i aint a star.not even a prospect 4 da future. i juz wanna help, as much as i can...

keserabutan berpanjangan

12.30noon
"ok, class..today you are supposed to submit your report,right?"
"weh...die nak arini la.. Sir! time out sir?"
"4.30pm..the latest. no one should ever dare to challenge that time.."
"aduss..kepala pechah duhh..apacer?"
"xpe..copy je GM punyer.."
"hehe..(gelak sinis yg jahat)"

2.40pm
"hah...cepat la buek..."
"yo lah..den tongah buek la ni.."
"hah...ekau buek la intro...den buek tongah2, ekau buat bodo..ehh..ekau buek la papo yang patut.."

4.10pm
"weh...dh nak mampus neh.."
"a'ah..dh nak kul 4.30 duhh.."
"@$^0^!%%@!!!!"

4.45pm
"weh...tu ha keto dio..baru jo kuar eh dari fac.."
"alaaa..."
"xpo..lotak ayo ataih mejo nyo.."
"wokeh..mari pulang dan melepak..."
"otak ekau melepak...esk nk anta LP, luso ado quih, tulat ado role-play, tungging ado research..."

5.00pm
"ya..mari kita teruskan perjoeangan"
"benar..mari teruskan..."

Sunday, September 21, 2008

"no,thanks..."

In the name of Allah, the most gracious, most merciful...

I will lock myself from getting into political party
I will deny any efforts to influence me to involve with politics
I will separate myself from any political party
I will only say, "no, thank you." if there is anyone
trying to make me his or her follower.
Even though I have the strong spirit of Melayu
I will remain humble and calm.
I will never show off my sacred Keris
I will never unveiled my power
I will remain humble
I will remain calm
that's my promise
to myself, my family and my sacred Malay and its spirits...

~akuADALAHakuJANGANcubaMENGGANGGU~

Friday, September 19, 2008

bantailah apa-apa pun

salam jumaat...

hentam sajalah apa-apa pun.
aku dah penat.
malas rasanya nak buat.
teruskan khidmat
kepada masyarakat.

Wednesday, September 17, 2008

~gerimis di lautan

gerimis di lautan, orang di darat yang terkesan,
samalah macam luka di badan, peritnya di muka kelihatan.

aku keletihan. hanya perlukan masa untuk berehat, dan tika untuk memperoleh ketenangan. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya, kerana terjunnya telah menyerlahkan kebodohan orang lain dan menampakkan kebijaksanaan sendiri. jangan menuruti terjun mat jenin, kerana terjunnya memusnahkan diri sendiri, lantas yang lain bisa mentertawakannya. hanya orang bijak sahaja yang mengerti mengapa cerita Pak Pandir itu diceritakan sebagai bodoh dan pandir. hanya orang bodoh sahaja yang mengatakan orang-orang lama itu zalim kerana sanggup membiarkan anak mati daripada adat. Bodohlah juga mereka yang hanya tahu duduk di bawah tempurung dan mentertawakan manusia yang bisa mencapai kegemilangan jua menggapai bintang di langit terbuka.

itu sahaja.aku keletihan, mindaku bosan.

Tuesday, September 16, 2008

a responsible response

“When every moment gets too hard
The end of the road can feel so far
No matter how much time we’ll part
I’m always near you
I’ll be the shelter in your rain
Help you find your smile again
I’ll make you laugh if you have a broken heart
Wherever you are

Cuz I’m never gonna walk away
If the walls come down some day
All along when you feel the pain
I’ll be there when you call my name
You can always depend on me
I believe until forever ends
I will be your friend

So many people come and go
Nothing can change the you I know
You’ll never be just a face in the crowd
And time will show
Through the seasons and the years
I will always hold you dear
Never you fear

Cuz I’m never gonna walk away
If the walls come down some day
All along when you feel the pain
I’ll be there when you call my name
You can always depend on me
I believe until forever ends
I will be your friend

I’ll be around when every candle burns down low
And I want you to know…”

Friday, September 12, 2008

terkejut

I
aku dikejutkan dengan 1 panggilan baru2 ini dari pihak atasan mengatakan bahawa ada prosedur yang telah aku langgari. hmm...nampaknya ni kali kedua org atasan mempersoalkn aku. aku tiada masalah jika ada orang nak tanya apa2, tanyalah. aku akan jawab dengan penuh dignity tanpa rasa ragu. kesalahan aku perlu diperbetulkan agar generasi mendatang tidak melakukan ketidak caknaan yang sama lagi serupa. hakikatnya, aku sedang berusaha memperbaiki labu yang ditinggalkan seekor tikus tua di akhir pemerintahannya dahulu. bedanya, aku hanyalah tikus marhain yang tidak mengetahui selok belok pentadbiran dan entah apa2 lagi yang sepatutnya aku ambil tahu dan endah.

II
ni pun buat aku terkejut. tapi, aku da agak, Tan Sri akan cakap camni. even masa Pak Lah n Najib wat pelan tu, die kat oversea..n he said that even though he accepted the plan as he is in the recent cabinet...

Wednesday, September 10, 2008

ramadhan

biarkan aku berlari
dan terus berlari.
mencapai mimpi
yang tidak pernah pasti

biarkan aku pergi
dan terus pergi
aku tidak mahu kembali

Monday, September 01, 2008

ramadhan

ramadhan datang lagi
jangan memasak di tengah hari.

antara MERDEHEKA, MERDEKA dan MENDERHAKA

MERDEKA dilaungkan dengan megah. Langsung tidak sedar pipiku basah. bukan kerana peluh resah. tapi sekadar sedih melihatkan hasil apa perjuangan.

MERDEKA hari ini dilaungkan dengan basah atas dan bawah. di lorong-lorong kusam dan hancing. dilaungkan tatkala dunia sudah tiada di depan mata. hanya nafsu jiwa dan gelora.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEHEKA!!!

Sunday, August 24, 2008

sumpah sang sesumpah

Saiful dah bersumpah

Najib dah bersumpah

Anwar? jadi sesumpah?

Selepas mamanda menteri Penerangan melancarkan trend debat di kalangan ahli politik serta pemimpin masyarakat, sebuah trend terbaharu dilancarkan baru-baru ini oleh seorang yang bernama Saiful (nama sebenar). Trend ini dinamakan trend 'bersumpah'. Ia kelihatan serius dan mudah. Namun, apakah mereka yang sewenang-wenangnya bersumpah ini sudah mengambil kira pandangan ulama atau sekurang-kurangnya ustaz semasa sekolah rendah dahulu? Jika sudah tiada pun, tanyalah Tok-tok Mudim, Imam atau Bilal di kampung tentang tata cara bersumpah sebenarnya. Jika sudah, baguslah. Tetapi ketika trend ini dilancarkan baru-baru ini, ia mendapat kecaman, kritik dan saran daripada ulama benar dan ulama 'politik' seantero negara. Bersumpah ada cara-caranya. Ada lafaz yang perlu diikuti. Bersumpah juga perlu berhati-hati. Elakkan daripada dieksploitasi. Jika trend baru ini diterima ramai, usah terkejut jika esok lusa ada juga yang nak bersumpah kerana tidak mahu mengaku membuang sampah.

Diharapkan, sebelum melakukan sesuatu yang berpaksikan agama, rujuklah dengan orang yang lebih mengetahui. Jangan nak buat-buat tahu. Kelak nanti kita yang malu.


Thursday, August 21, 2008

apabila pejuang dihukum

"Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

"Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu...
berita harian, 20 Ogos 2008

Tertawa aku apabila membaca rencana tersebut. Hajatnya bukanlah ingin sangat menghukum kami yang berarak ini. Cuma pak-pak menteri juga ingin mengawal satu lagi tsunami selepas tsunami politik 080308 yang lalu. Tsunami ini namanya Tsunami mahasiswa. Yang tidak ada kaitan dengan politik, cuma mempertahankan hak. Dimulakan dengan UiTM Shah Alam, merebak ke cawangan-cawangan demi mengutuk cadangan yang dibangkitkan oleh MB Selangor itu. Persetankan siapa, PKR kah, UMNO kah, BN kah, PR kah. Jika cadangannya itu patut dibantah, maka akan dibantah. Tentunya ada jarum-jarum halus politik dari mana-mana parti ingin meniup angin partisan, tetapi yakinlah bahawa jarum ini terlalu halus untuk mencucuk 5,000 malahan ramai lagi mahasiswa yang ingin menyuarakan hak dan pendapat. Demonstrasi tidaklah aku sokong 100%. Apatah lagi rusuhan. Cuma, apa yang aku harapkan adalah semua pihak bukalah mata. Politik bukan hanya mengenai sesebuah parti sahaja. Jika sudah peroleh mandat, jalankanlah. Jika sudah diserahkan amanah, galaslah. Usah hanya menjadi seperti Lembu yang dicucuk hidung, atau menjadi Kambing Biri-biri yang lari ke gua seperti dalam kisah Ahmad Albab. Pertahankan apa yang patut dipertahankan. Jangan esok menyesal tatkala mentari menuju kesiangan.

Jika hari ini hari gembira untuk aku, kau dan kita semua. Fikirlah semasak-masaknya. Adakah hari esok itu segembira hari ini, kerana hari esok adalah hari anak aku, anak kau dan anak kita semua.

p/s: aku tidak berniat mencabar, tetapi jauh di sudut hatiku, aku rela dihukum walaupun hanya kerana aku di kalangan lima ribu itu.

Thursday, August 14, 2008

usah main-main

Apabila orang mula mengumpulkan kayu api, kemudian akan datanglah orang untuk menyimbahkan minyak tanah. Selepas itu, datanglah pula penyala api yang dengan mudahnya mencampakkan batang mancis menyala ke atas timbunan kayu api tersebut. Batang mancis yang tidak kurang lebih halus daripada batang lidi itu secara tiba-tiba marak. Lantas mencetuskan satu kebakaran yang kita sendiri terpaksa memanggil tentera merah untuk memadamkannya. Jika tekanan airnya tinggi, cepatlah ia padam. Jika tekanan airnya rendah, lambatlah ia padam. Tetapi, padam atau tidaknya api itu bergantung juga kepada bahan bakarnya. Jika kayu getah yang digunakan, asapnya akan berkekalan sehingga esok hari. Jika kertas, padamlah ia serta merta.

Api yang marak tadi, semangat cicah bara-bara api akan kekal. Semangat cicah bara-bara api juga akan merebak. Merebak kerana api ini ada jalannya sendiri. Bergerak dari tempat panas ke tempat sejuk. Ia tidak statik dan tidak akan statik. Cubalah simbah lagi minyak tanah. Cubalah. Akan bangkitlah kembali api-api ini sekalipun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Tuesday, August 12, 2008

berita harian 120808

UiTM tentukan dasar ambil pelajarnya: PM

SERDANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri yang mempunyai kuasa dan hak dalam menentukan dasar pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi itu.

Perdana Menteri berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mencadangkan supaya kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.

“Ini bukan dia punya kuasa. Hal yang berkaitan dengan pengambilan (pelajar) adalah hal yang berkaitan dengan institusi pengajian yang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid dua hari lepas yang mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi itu.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan bekas pelajar UiTM yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar diberikan pertimbangan.

Hari ini di Shah Alam, kira-kira 5,000 pelajar UiTM berhimpun di hadapan pintu masuk Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, sebagai membantah cadangan itu. — Bernama

bantah!!!

5,000 pelajar UiTM hantar memorandum bantahan
12/08/2008 1:56pm



SHAH ALAM 12 Ogos - Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berarak kira-kira dua kilometer untuk menghantar memorandum bagi membantah cadangan kerajaan negeri membuka 10 peratus kuota pelajar universiti itu kepada bukan bumiputera.

Terdahulu, kesemua mereka yang kebanyakannya memakai kemeja T berwarna hitam berkumpul di Dataran Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini.

Setibanya di luar pagar utama SUK, mereka mula menyanyikan lagu rasmi UiTM sambil mengangkat sepanduk yang dibawa antaranya bertulis perkataan ``Jangan Rampas Hak Kami’ dan ``Selamatkan UiTM.’’

Perhimpunan hampir satu jam itu berakhir apabila Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Utusan

Monday, August 11, 2008

bad hair day


demam 080808

ntah berapa darjah celcius pun aku tak tau. yang aku ingat, doktor cakap aku demam. batuk dan selesema tak payah nak cakap la...ni sebab aku pegi ke MSN dalam ujan lebat untuk pinjam maskot Burung Helang Laut semata-mata untuk Cendana. Kalau aku tak pegi, maskot xde. sampai2 je aku kat MSN, maskot plak x dipulangkan oleh peminjam sebelumnya.huhu...esok la kne pegi balik. CILAKAK!!!!

INPRO 2008 ~ perbarisan pembaziran

bazir masa, bazir tenaga budak2 aku training...last2 abuk pun tarak. nasib baik la ada hamper JPK. aku pun bagi la kat team perbarisan aku. sebagai tanda penghargaan dan terima kasih...

PERKAD - penanda yang demam

"komander, demam lagi ke?" haha...aku gtau je aku demam. xtau la..aku da wat sebaik mungkin. kalah gak..nak wat camner, sumer da berusaha...

accident

110808 -
aku akan ingat tarikh ni. cium bontot citra. kul 7 pagi, depan balai polis seksyen 6...

Thursday, July 17, 2008

protecting PEOPLE

i would like to protect my people
but, i need their support and encouragement.

i would like to defend my people
as long as they know how to attack

i would like to develop my people
and expand their chances everywhere

Monday, July 14, 2008

unwell

Unwell

Unwell but still being forced to go out
Have no game plan even though
We really need at least one
And now
I’m not the only one who is unwell
Others as well
Thinking of having a lot of fun
Throughout the day,
We might just end it up
With endless sadness

My6070
2008(entah bila)

Tuesday, July 08, 2008

raja2 (di kolej) melayu

ayuh
mara ke hadapan
tinggalkan
sutung di belakang

Friday, July 04, 2008

kejam

kalau engkau jadi aku mesti
kau engkar juga arahan menteri

kalau engkau jalan aku mesti
kacau engkau jadi ayam merah

kemudian entah jadi apa, mat?
kekejaman, engkau jadikan aku matang.

-thor-myRoom-

kau kata kau 'tera'

aku tanya
kau tak jawab
aku tanya
kau mengelak
aku tanya
kau bilang aku tidak percaya

aku tanya
kau tak tahu
jawapan sebenarnya

-thor-
juli0408

Saturday, June 14, 2008

demam BOLA

baling
lontar
sepak
terajang
bentes
lalu patah.

14juni08

Saturday, June 07, 2008

berjuta batu

jadilah orang baik
yang memberi kebaikan
kepada yang memberi
kebaikan
kemenangan
kerana
kepercayaan.

sehari sebelum juni08,08
teratak malas,depan paya~

Thursday, May 15, 2008

ini adalah Ra(ja)hsia

ini adalah rahsia
aku kau dan dia

tunduk bukan malu
beralah bukan kalah

menyanggah biar bertempat
menderhaka biar bersopan

ini adalah rahsia
aku kau dan dia
yang ber'bin' dan ber'binti'
si anu dan si polan

ini adalah rahsia
jangan lantang bersorak
kelak kampung tergadai
usah kuat berborak
esok-esok tutuplah kedai

ini adalah rahsia
aku haramkan pembocorannya

melayu

dahulu,
melayu berlayar
sambil belajar
tapi tidak kurang ajar

kini
melayu melayar
tidak belajar
lalu kurang ajar

esok
melayu akan kembali belayar
agar melayu terus belajar
dan belajar
agar selamanya tidak kurang ajar
agar selamanya orang lain kita ajar
supaya tidak jadi kurang ajar!

may15,2008

Sunday, May 11, 2008

GILA

aku bangun dia baring
aku terlentang dia mengiring
aku membaja dia menyiram
aku berlari dia berjalan
tetapi
aku gila dia gila

Friday, May 02, 2008

sedih+gembira

sedih aku tertawa
gembira aku menangis
biar biarlah
aku menjadi diriku kembali
dan kini
aku akan keluar
dari acuan dirimu

Saturday, April 26, 2008

otak serambut

otak serabut
minda kusut
rambut serabut
badan tak susut.

otak macam kasut
penuh dengan selut
sampai jadi kalut
tersemput semput.

p/s: tahniah kpd yg dpt jwb PTE dgn baek..
aku bukan di dalam golongan tersebut.

Tuesday, April 22, 2008

The past is deep

Like a pin dropped in a glass of water
Will be remembered if it is floating
Will be forgotten if it is sinking
(Can a pin sink in a glass of water?)

The past is deep, let’s forget the lesson
That we’ve learned through
As it has no more benefit, as
We can gain no more profit.
The past is deep
And deepen by diggers.

If the lesson worth even a penny
I will never sell it
If the lesson worthless
I will never buy it

This lesson has no price to bargain
This lesson requires effort and (a bit of) luck.

Tuesday
April 22, 2008
1/408

Tipu

Aku seorang penipu yang sukar menipu
Aku hanya mampu meniup angin penipuan
Ke segenap pelusuk badan dan jiwa sang tertipu
Ditipu penipu menyebabkan aku tertipu
Lalu aku menipu sang penipu agar mereka ditipu.

Aku seorang penipu
Menggariskan undang-undang penipuan
Agar nasib penipu tertipu terbela
Agar nasib ditipu penipu terjaga

Penipu seperti aku hanya pandai menipu
Namun jangan cuba menipu penipu seperti aku
Kerana aku seorang penipu yang sukar ditipu dan tertipu

Tipulah jika aku bukan seorang penipu yang mudah tertipu
Tipulah jika aku tiada upaya menipu sang penipu mudah tertipu

Tipulah segala penipu, kerana di atas sana
Dia tidak akan tertipu dengan sekalian penipu.

Selasa
22 April 2008
1/408

Tuesday, April 15, 2008

penjara katil

aku dipenjara tanpa ada pertuduhan dibacakan
aku dipenjara tanpa ada sebarang siasatan
aku dipenjara tanpa sebarang penganiayaan

aku benci penjara katil
kerana baunya bisa menggeletek anak tekakku
kerana makannya bisa memusnahkan seleraku
aku benci berada di penjara katil
jika aku terlantar sekalipun
aku tidak akan lama di sana
biarkan aku diam di teratak usangku
daripada terkurung di penjara katil.

aku benci penjara katil
rimasnya membuatkan aku terkapai-kapai
mencari udara bersih
sesaknya membuatkan aku kelemasan
dan senak
aku benci penjara katil
bikin waras aku hilang
bagai ditiup angin lalu
melayang bak bunga lalang

aku benci penjara katil
keluarkan aku!

April 15,2008
Shah Alam

Monday, April 14, 2008

Produk Pendidikan | Funmix


How to play

· Place flat the board and place the sets of ‘Task Master’ and ‘Red Zone’ on the right position, upside down them.
· Each player takes a token to represent him / her throughout this game. Player must remember which token is representing him / her. This is to avoid any conflict during the game.


Procedures

· The turns of the players are determined by the rolling of the two dices. The player with the highest total starts the play.
· Each player starts off the board at space 1. The number of steps taken for every round is determined by the sum of number indicated by the two dices.
· The moderator will pick up a card from the Task Master for every round unless the player’s token stops on ‘X’ sign and Red Zone (Unnumbered red circle). Each player is required to complete the task written on the card.
· The moderator will pick up a red card if the player’s token lands on the Red Zone. Then, he or she is required to do the given task.
· One thing to remember is that the game must also be based on the reward/punishment stated for every category of tasks.
· If the token stops on ‘X’ sign, he or she will lose one round. In this case, he or she does not have to pick any card.
· If any player’s token stops on an already occupied space, the previous token on the space must go back to the starting point (Circle No.1).
· The winner is the first player to end a turn on or beyond space 100.

Red Zone
· Type of task: Fun Brain
· Description: Students are asked to guess missing words. Options are given.
· Reward / Punishment:
Correct Answer: Get one extra round
Wrong Answer: Lose one round

Task Master

A collection of tasks which is set for students. Each player has to pick up a card for every round unless his or her token steps on the ‘X’ sign or Red Zone.

· Correct Answer: Move 3 steps forward

· Wrong Answer: Move 3 steps backward


Task Master
· Type of Task: Spell it out
· Description: Students are required to spell out and pronounce the word written on the card.

Task Master

· Type of task: Odd one out
· Description: A list of words is given which have something in common. Students will be asked to find the odd-one-out among those words written on the card.

Task Master

· Type of task: Grammar ’O’ Grammar
· Description: Students will be given a complete sentence on the card. They are asked to identify the verb in the sentence.


Deciding The Winner

· The player who first arrives the winning point will win the game.
· The winner is the first player to end a turn on or beyond space 100.
Interested? contact us: thorrinre@yahoo.com

Diari Hari ini | Lawatan 5S

venue: Stesen Janaleketrik Jambatan Connaught Klang
date: April 14, 2008

Organized by Cemara-Akasia & Cendana Residential College's Office, this visit to SJJC is meant to give a vivid exposure to the staff, Residence Staff and Students' Representive Committee (JPK) regarding the implementation of 5S programme. Arrived at about 9.45am, the delegates were given a slide show presentation and brief explanation on how 5S porgramme is implemented in SJJC. Lasted for approximatley an hour, the presentation was done by SJJC 5S coordinator. Even though she was just appointed last year, she was able to give a very good explanation on how 5S changed the environment in SJJC. Besides that, she mentioned that the latest achievement of SJJC is their 5S programme has been approved by NPC last year and from now on, they have to maintain their 5S status or the NPC's approval might be cancelled.

After that, the delegates were given a short break and SJJC provided us with fried mee hoon and hot tea for us before we move on. Before moving on, the delegates took the opportunity to capture some pictures at the lobby. the delegates also took some pictures of the 5S Corner at the lobby. Next, the 5S Coordinator brought us to look inside the office. there, we can see how 5S affecting the environment at the office. Files and papers are well arranged and organized. office utilities are all labelled (even in the toilet, the taps are labelled!) We also went inside SJJC Meeting Room (Bilik Mesyuarat Damai; how irony the name is) and we were thinking of upgrading our JPK's operation and meeting room sooner or later.

Later, we were brought to the Main Store where all of the spare parts were kept safe. there, we can see how 5S has changed the inner and outer look of the store. normally, store is a messed up place, but here under the supervision of 5S cordinator together with the Zone Leader, store is no longer ordinary store. here, the store itself looked very tidy and well organized. perhaps, this can be implemented in our college later.

Spending about 20 minutes there, we ended our trip to SJJC. A few pictures were taken in front of the Administration office together with our guide (the 5S Coodinator just now). we were glad that we have taken this once in a blue moon's opportunity to look on how other organization implement the 5S programme. Insya Allah, we will try our best to improve our 5S programme and implement what we have learned from SJJC 5S programme.

at about 12 noon, we left SJJC with slight tears (as we were not as sad as leaving Singapore last term...huhu). Thank you to Mr Rani for inviting JPKC and Cendana Staff and Residence Staff as well to participate in this meaningful trip.

Thank you.

Sunday, April 13, 2008

siapa paling sengal.... MESTI BACA

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" . Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

Wednesday, April 09, 2008

tinta menari | in search for (nothing)

if we're late, we'll be left by TIME. he'll pass by without looking back at us. once we're left, there's no other TIME can wait for us. and now, the time has come. but it's not for us to blame each other. it's the time for us to reflect on what we've done in the past few years. whether we realize about it or not, we have to understand a fact that we are a normal human being. we cant run from any mistakes. but, people cant run from blaming others either. we expect something BIG is going to happen. we are expecting things by doing nothing. at the end of the day, even though we dont really realize about it, we have to admit that sometimes we do need some changes. and changes require time. it doesnt happen in a wink of an eye.. (even rome wasnt built in one day~)

Sunday, April 06, 2008

Tika dan saat ini

Tika dan saat ini
aku mati
lalu aku bangkit
menjadi diri sendiri
buat kedua kali.

6/4/8
hari matahari

Friday, March 21, 2008

Tinta Menari | ambil Pengajaran

Betapa besar sekalipun sesebuah empayar,
akhirnya akan runtuh dan rebah menyembah bumi.
Ambillah pengajaran daripada kisah Rom
Ambillah pengajaran daripada kisah Parsi
Ambillah pengajaran daripada Kisah Kesultanan Melayu Melaka,
dan sebagainya.

supaya kita akan tahu sedar dan bermuhasabah
yang kuat tidak selamanya megahyang lemah tidak selamanya di bawah.

"salam maulidur Rasul"

::jangan ditegakkan benang yang basah, jangan disimbah minyak pada api nan marak::

Monday, March 17, 2008

Tinta Menari | Untuk anak-anak KITA

Nampaknya demam pilihanraya masih lagi terasa. dek suhunya yang terlalu panas sehinggakan terbakar segala baju dan seluar. mujurlah kulit masih kalis panas. Demam ini tiada ubatnya buat masa ini. ubatnya hanya akan diperoleh selepas segala macam bapak post mortem diadakan untuk memastikan yang buruk tidak berulang.

Analisa oleh aku pastinya akan dikatakan berat sebelah. jadi, secara tuntasnya aku hanya mengatakan bahawa kini bukan setakat angin dirasakan, malah gegak gempita di langit, gempa bumi di darat dan tsunami di lautan telah melanda Malaysia.

jadi, matangkan fikiran. yakinkan pada diri segala yang kita buat, jika adalah kesalahan, satu hari nanti akan pasti terbit juga kebanaran.

"ikut hati, mati. ikut rasa binasa..."

sekian, wassalam.

Tuesday, March 11, 2008

pojok wan mol | pilihan beraya

Penabur Air Liur

sang penabur air liur sudah tamat tugasnya menabur air liur ke seantero kawasan yang hendak diwakilkan. dan kini sudah ada penabur yang menang, ada yang kalah. ada yang bangga, ada yang malu hingga jumpa 'press' pun sudah tak mahu. selepas menang, sekalian tiada lagi mahu menadah telinga dan bertempik sorak, kerana sekalian mahu lihat akan air-air liur bertaburan itu bangkit dan jadi satu kenyataan. air-air liur itu tidak sepatutnya hanya tersimpan di mikrofon sahaja.

wan mol: berjasalah untuk hari ini, esok dan hari mendatang

Senyap vs Hantu

nampaknya ada yang terlepas pandang. asyik sangat membawa ke hulu hilir hantu-hantu, mereka terlupa akan barisan rakyat yang senyap. senyap tanpa suara namun hati dan nurani mereka barangkali terbakar dek kerana diabaikan. mungkin kerana menyahut Dasar Pandang ke Timur, maka Barat dilupakan dan akhirnya terbengkalai di lapangan. nampaknya yang senyap lebih bahaya dari hantu. hantu boleh ditangkap dan dirampas myKad mereka. namun, yang senyap ni tiada terlabel di lilitan kepaala mereka.

wan mol: hantu-hantu boleh ditangkap, yang senyap?

"wind of change"
tiada mustahil satu hari nanti, yang memerintah akan membantah. dan si pembantah kini akan memerintah. ada sepenggal untuk semua membuktikan kepada sekalian. akan jasa dan pengorbanan. kekalahan adalah kelemahan dan pelajaran. kemenangan adalah kekuatan dan peringatan. peringatan bahawa yang menang tidak selamanya akan menang, yang kalah tidak selamanya menempek di tanah.

wan mol: bermuhasabahlah semoga akan menyedari kesilapan

Thursday, March 06, 2008

Tinta Menari | Hari ini, esok dan lusa

p/s: 3 hari terakhir bagi sebuah negara yang ditadbir oleh PM dan SPR..

hari ini..
- jangan terkejut jika pada hari ini lebih banyak kelemahan didedahkan oleh penabur2 air liur.
- jangan terpesona jika banner, banting dan poster kelihatan semakin menarik dan kadangkala kejam.
- jangan khuatir jika hari ini ada kereta diletakkan di tepi-tepi jalan tidak kira semasa waktu pejabat ataupun tidak.
- jangan risau jika ada kawan serumah yang sudah tidak makan dengan anda lagi.

esok (ini bukan ramalan..)
- khutbah jumaat akan menjadi lebih panjang dan panas daripada biasa
- Penabur air liur akan berpakaian segak ke Masjid-masjid
- Keperluan asas secara tiba-tiba boleh jadi berlambak-lambak dan dibahagikan secara percuma kepada golongan tua dan fakir miskin
- selepas waktu pejabat, maka pekerja tidak pulang ke rumah.

lusa (juga bukan ramalan)
- payung-payung bermanusia bertebaran mencari pengundi
- rakyat secara tiba-tiba menjadi lebih berhemah daripada biasa (e.g.: membantu yang buta dan tua, memapah yang sakit, mendukung yang cacat, etc)
- sebuah Kerajaan akan ditubuhkan dan yang menang ceria, yang kalah terpaksa memikir idea baru yang lebih segar, tampak dan halus, kasar dan licik~


"ïni bukannya masa untuk mencuba-cuba. kerana jika tersalah cuba, empat tahun diperlukan untuk membuat pembetulan..."

Thursday, February 28, 2008

Tinta Menari | Berjalan Lagi Jauh...


Singapura. Pengalaman kedua aku merentasi negara orang. Walaupun orang kata 'Uniknya Singapura'...pada aku, memang unik pun. Unik kerana sikap warga di sana yang cukup berbeza nilai dan tahap moralitinya. Sehingga aku yang Melayu ini pun agak segan melihat 'kemelayuan' mereka..
Aku tidak bangga ke sana. Cuma aku dapatlah sedikit pengalaman berbeza apabila menjejak kaki ke sana. Cuaca, Masyarakat dan tempat2 yang aku sendiri tak pernah idam2kan pun aku dapat pegi. especially Pulau Sentosa, Kg Glam, dsb...semoga aku dapat lagi berjalan2 untuk meluaskan pengalaman :-)

Tinta Menari | Layanlah aku seperti...

Layanlah aku seperti sebuah bas.
bergerak pantas jika diriku berlabel 'Ekspres'
bergerak selamba jika diriku berlabel 'berhenti-henti'.

Layanlah aku seperti sebuah teksi
untunglah aku jika penumpang menahan
kasihanilah aku jika tiada siapa mahu hairan.

Layanlah aku seperti sebuah kereta
perlu diperiksa sentiasa ketika muda bertenaga
namun pabila tua, dibiar sewenang-wenangnya.

Layanlah aku seperti sebuah motosikal
berhujan berpanas tidak ada yang hirau
harga ratusan ribu sekalipun, motorlah jua.

Layanlah aku seperti budak universiti
yang dalam hatinya kuat memaki
kerana senyumanku adalah misteri.

-one-
280208
cendana rc

Wednesday, February 27, 2008

Tinta Menari | Pilihanraya Umum ke-12

Bismillahirrahmanirrahim...

"ini bukan masa untuk mencuba-cuba,
ini adalah masa untuk menentukannya!"


Apabila Parlimen dibubarkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong setelah diusulkan oleh Perdana Menteri, maka bermulalah satu peperangan yang berlangsung sehingga 8 Mac 2008. Perang Poster, Perang Bendera serta Perang Air Liur. Maka kelihatanlah bendera dipacakkan di roundabout, tepi2 jalan, jambatan hatta di atas pokok kelapa sekalipun. Maka air liur pun berteraburlah tatkala ceramah2 dilakukan di khemah2 dan padang2 sehingga yang mendengar selama sejam setengah terpaksa menggunakan payung untuk menangkis serangan bertubi2 air-air liur sang penceramah.

Air-air liur itu dek kerana banyaknya, maka rakyat sekalian seakan terpanggil untuk berfikir. apakah air-air liur itu akan dapat dilaksanakan? apakaha air-air liur itu dapat dipraktikkan? apakah sang penabur air liur dapat bertahan di atas pentas selama sepenggal pemerintahan yang akan datang?jawapannya? tanyalah pada sang pencetus idea air-air liur itu.

Sesetengah pihak menyatakan bahawa rakyat Malaysia takut untuk melakukan perubahan (indirectly, sang penabur suruh pengundi undi parti dia la..). Benarkah? hmm...sebenarnya jika benarlah (berapa banyak BENAR da..) apa yang dikatakan itu, maka benarlah. jika tidak benar, maka tidak benarlah. Rakyat kita, pengundi kita bukannya takut melakukan perubahan. mereka sebenarnya kurang yakin dengan persembahan dan percaturan yang dilakukan oleh sang penabur air-air liur yang lain. sebab itulah Dacing Biru mampu bertahan untuk Lima Puluh Tahun yang dahulu dan insyaAllah, Lima puluh tahun yang akan datang. jika mahu rakyat memilih mereka, lakukan sesuatu untuk yakinkan rakyat. jangan lakukan sesuatu yang menakut-nakutkan rakyat.

Kepada kawan2 yang kini berada di segenap pelusuk dunia, apabila pulang ke tanah air kelak, saksikanlah jika ada perubahan. ada 'abang2' kita yang kini sudah bertanding dan menjadi penabur air liur (untuk beberapa jenis parti) dan ada di kalangan kita juga bermati-matian memanjat tiang2 dan billboard untuk menggantung kertas A3 yang berlogo dan berpangkah. saksikan juga ada manusia yang berlidahnya bukan setakat bercabang dua, malah tiga empat dan lima. saksikanlah jika negar kita sudah bukan lagi milik kita jika ada yang tersalah. tersalah kerana hanya ingin cuba-cuba ketika pilihanraya dan kesannya pasti terasa selepas 9 Mac 2008 dan 4 tahun yang mendatang.

Wassalam.
++oNe++
Feb.27,2008

Sunday, February 10, 2008

Poetry | busy (body)

I'm here, there and everywhere
but sometimes i can be found no where.
Busy doing things I'm not supposed to
make me looks silly and somehow fool
I realize how busy I am
but doing things not mine isn't a sign of it.
I realize how simple my friends are
'coz they do things that are related to them
not like me running here and there,
sweating like pig.

they're here today, there tomorrow
and everywhere everyday.
and sometimes,
you can see them sleeping tightly on their bed.
they have time to chat
they have time to play
they have time to date
they have time to eat
they have time to chill
they have time for everything
but me, what did I get actually?

Sunday, Feb 10, 2008
3.36am
myHome

Tinta Menari | Kari Ayam

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekian lama aku tidak memuntahkan idea sambil menari-narikan jariku di atas papan kekunci komputer. jika dahulu aku gemar mencurahkan idea dengan menarikan jariku di atas lapangan kertas, namun dek kerana majunya alam, maka aku memperlahankan upaya mindaku dengan terus menaip tanpa merancang. hasilnya, aku yang terkebelakang. kerana sambil berfikir, sambil aku menaip dan sambil aku memastikan jari-jemariku menekan butang yang sepatutnya. jika A, A lah. jika O, O lah..kelak aku melambatkan mindaku berfikir kerana terlalu banyak perkara minor aku tekankan berbanding perkara major.

Hari Raya sudah berlalu, Lebuh Raya pun dah baru...cuma pilihanraya sahajalah yang tengah hangat lagi dibicarakan. aku tidak berminat menyentuh isu mana-mana parti politik, kerana aku masih belum mendaftar sebagai Pemilih. maka sesudah berlabuhnya tirai pilihan raya umum ke 12 nanti aku tidak ada daya upaya,kuasa, tenaga untuk mengecam mana-mana parti politik. kerana apa? kerana aku tidak mengundi...jadi aku perlu dan harus terima seadanya walau siapa dan apa yang menang kelak.

Cuma di sini, aku tidaklah menyokong mana tindakan segelintir mahasiswa yang telah menubuhkan Parti Mahasiswa Negara. benar, aspirasi dan semangatnya bukan dibuat-buat, namun aku masih teringat pesanan seorang rakanku,

"Tidak semua yang kita rasa betul itu, betul. dan tak semua yang kita rasa salah itu salah..."

jika mereka merasakan perjuangan mereka bukan sia-sia, silakanlah.
jika mereka merasakan wadah perjuangan mereka berkiblat yang benar, teruskanlah.
dan jika mereka merasakan berpolitik adalah CARA TERBAIK, selamilah....

sekian, wassalam..

p/s: aku masih belum layak mengundi kerana aku belum mendaftar walaupun sudah 21tahun..