Monday, March 28, 2011

qiyadi @ kenyir
















Istana Palma

di bawah sinar mentari yang entah di mana,
menghindar dari pandangan jumud mata.
ku selusuri lembah ilmu di selatan sana,
menimba sekelumit ilmu kicau unggas mergastua.

dari celahan palma, aku isytiharkan istana
tempatku ingin bersemayam membelakangi polemik
yang kian menjelma; marhaen ia. hanya ada palma
dan kerusi batu enggan bicara.

biar ku belakangi polemik mendatang
tidak sama sekali ku tinggalkan ia dan pulang;
kerana yang mendatang kian mengajarku matang
demi kelangsungan anak bangsa yang ingin cemerlang;
dan demi deru unggas dan sahutan mergastua yang tenang.

jerayawara mergastua di lembah ilmu selatan sana,
kekallah engkau selamanya; sedang aku akan hilang ditelan arus masa.

segamat|28.03.11