Apabila orang mula mengumpulkan kayu api, kemudian akan datanglah orang untuk menyimbahkan minyak tanah. Selepas itu, datanglah pula penyala api yang dengan mudahnya mencampakkan batang mancis menyala ke atas timbunan kayu api tersebut. Batang mancis yang tidak kurang lebih halus daripada batang lidi itu secara tiba-tiba marak. Lantas mencetuskan satu kebakaran yang kita sendiri terpaksa memanggil tentera merah untuk memadamkannya. Jika tekanan airnya tinggi, cepatlah ia padam. Jika tekanan airnya rendah, lambatlah ia padam. Tetapi, padam atau tidaknya api itu bergantung juga kepada bahan bakarnya. Jika kayu getah yang digunakan, asapnya akan berkekalan sehingga esok hari. Jika kertas, padamlah ia serta merta.
Api yang marak tadi, semangat cicah bara-bara api akan kekal. Semangat cicah bara-bara api juga akan merebak. Merebak kerana api ini ada jalannya sendiri. Bergerak dari tempat panas ke tempat sejuk. Ia tidak statik dan tidak akan statik. Cubalah simbah lagi minyak tanah. Cubalah. Akan bangkitlah kembali api-api ini sekalipun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
No comments:
Post a Comment