Tuesday, August 12, 2008

bantah!!!

5,000 pelajar UiTM hantar memorandum bantahan
12/08/2008 1:56pm



SHAH ALAM 12 Ogos - Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berarak kira-kira dua kilometer untuk menghantar memorandum bagi membantah cadangan kerajaan negeri membuka 10 peratus kuota pelajar universiti itu kepada bukan bumiputera.

Terdahulu, kesemua mereka yang kebanyakannya memakai kemeja T berwarna hitam berkumpul di Dataran Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini.

Setibanya di luar pagar utama SUK, mereka mula menyanyikan lagu rasmi UiTM sambil mengangkat sepanduk yang dibawa antaranya bertulis perkataan ``Jangan Rampas Hak Kami’ dan ``Selamatkan UiTM.’’

Perhimpunan hampir satu jam itu berakhir apabila Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Utusan

No comments: