"Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.
"Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu...
berita harian, 20 Ogos 2008
Tertawa aku apabila membaca rencana tersebut. Hajatnya bukanlah ingin sangat menghukum kami yang berarak ini. Cuma pak-pak menteri juga ingin mengawal satu lagi tsunami selepas tsunami politik 080308 yang lalu. Tsunami ini namanya Tsunami mahasiswa. Yang tidak ada kaitan dengan politik, cuma mempertahankan hak. Dimulakan dengan UiTM Shah Alam, merebak ke cawangan-cawangan demi mengutuk cadangan yang dibangkitkan oleh MB Selangor itu. Persetankan siapa, PKR kah, UMNO kah, BN kah, PR kah. Jika cadangannya itu patut dibantah, maka akan dibantah. Tentunya ada jarum-jarum halus politik dari mana-mana parti ingin meniup angin partisan, tetapi yakinlah bahawa jarum ini terlalu halus untuk mencucuk 5,000 malahan ramai lagi mahasiswa yang ingin menyuarakan hak dan pendapat. Demonstrasi tidaklah aku sokong 100%. Apatah lagi rusuhan. Cuma, apa yang aku harapkan adalah semua pihak bukalah mata. Politik bukan hanya mengenai sesebuah parti sahaja. Jika sudah peroleh mandat, jalankanlah. Jika sudah diserahkan amanah, galaslah. Usah hanya menjadi seperti Lembu yang dicucuk hidung, atau menjadi Kambing Biri-biri yang lari ke gua seperti dalam kisah Ahmad Albab. Pertahankan apa yang patut dipertahankan. Jangan esok menyesal tatkala mentari menuju kesiangan.
Jika hari ini hari gembira untuk aku, kau dan kita semua. Fikirlah semasak-masaknya. Adakah hari esok itu segembira hari ini, kerana hari esok adalah hari anak aku, anak kau dan anak kita semua.
p/s: aku tidak berniat mencabar, tetapi jauh di sudut hatiku, aku rela dihukum walaupun hanya kerana aku di kalangan lima ribu itu.

No comments:
Post a Comment