Monday, May 22, 2006

Detik

Detik

Pantasnya ia berlari meninggalkan kita,

Jarang sekali kita sedar kerana alpa,

Daya dan kudrat kita tiada mampu mengejarnya.

Sekalipun dipacu kereta enam belas roda,

Sekalipun dihambat ratusan ekor kuda,

Sekalipun dicipta mesin perentas masa,

Tidaklah mampu dikejar ia.

Kepantasannya tiada tandingan,

Ia tidak mengejar, tapi kita dikejar,

Ia sentiasa cukup, cuma kita kekurangannya,

Ia sentiasa berlalu dalam jaga tidak kita sedari.

Ia sentiasa ada, tidak dinampak bukan kerana buta.

22 Apr -06
myHome

Wednesday, May 17, 2006

Kutakrifkan keseksian

Langkah rapinya laju
Jinjang kakinya diraba angin lalu
Kain sempit dan pendek pilihannya
Buatkan tangan buaya
tak sipu-sipu menyapa
buatkan jantung buaya
tiada segan silu rancak berirama
di sebalik kain kecil
selimut tubuhnya
pastinya tersimpan rahsia
bukan satu tapi seribu.

Pandangan kualihkan ke utara dan selatan
Ke timur kemudian barat
Kucari dari rumpun yang sama
Kucari dari kabilah yang serupa.

Kucari yang punya kesopanan
mengalahkan keseksian
kucari yang suaranya sudah membuatku
kerinduan
kucari yang raut wajahnya bisa memberiku
ketenangan
kucari yang sederhana perlikunya tetap
menarik perhatian

Namun tiadalah mahu kutakrifkan keseksian
Kerana mataku kehitaman,
matamu mungkin kebiruan
(apakah mungkin aku keterlaluan?)

15 May 2006
Monday
myHome

Wednesday, May 10, 2006

hingga ke ujung waktu...

ada apa dengan dirimu sehingga aku menunggu kesekian waktu,
habis mentari menyinari siang hari, diganti bulan sehingga dinihari,
aku cekal menantimu ke ujung waktu.
namun aku tahu kita ibarat taman bunga yang dibina di dua persimpangan berlainan,
tidak kan bertemu biarpun sering seiringan dan berdampingan,
sekalian khalayak mungkin ada kesamaan, namun perasaan hanya khayalan.
terima kasih teman, kerana menghargaiku dan persahabatan kita,
karena pilihan dibuat oleh naluri gerak hatimu, aku doakan agar kau bahagia.

May 10, 2006
myHome..