Thursday, March 06, 2008

Tinta Menari | Hari ini, esok dan lusa

p/s: 3 hari terakhir bagi sebuah negara yang ditadbir oleh PM dan SPR..

hari ini..
- jangan terkejut jika pada hari ini lebih banyak kelemahan didedahkan oleh penabur2 air liur.
- jangan terpesona jika banner, banting dan poster kelihatan semakin menarik dan kadangkala kejam.
- jangan khuatir jika hari ini ada kereta diletakkan di tepi-tepi jalan tidak kira semasa waktu pejabat ataupun tidak.
- jangan risau jika ada kawan serumah yang sudah tidak makan dengan anda lagi.

esok (ini bukan ramalan..)
- khutbah jumaat akan menjadi lebih panjang dan panas daripada biasa
- Penabur air liur akan berpakaian segak ke Masjid-masjid
- Keperluan asas secara tiba-tiba boleh jadi berlambak-lambak dan dibahagikan secara percuma kepada golongan tua dan fakir miskin
- selepas waktu pejabat, maka pekerja tidak pulang ke rumah.

lusa (juga bukan ramalan)
- payung-payung bermanusia bertebaran mencari pengundi
- rakyat secara tiba-tiba menjadi lebih berhemah daripada biasa (e.g.: membantu yang buta dan tua, memapah yang sakit, mendukung yang cacat, etc)
- sebuah Kerajaan akan ditubuhkan dan yang menang ceria, yang kalah terpaksa memikir idea baru yang lebih segar, tampak dan halus, kasar dan licik~


"ïni bukannya masa untuk mencuba-cuba. kerana jika tersalah cuba, empat tahun diperlukan untuk membuat pembetulan..."

No comments: