Thursday, February 28, 2008

Tinta Menari | Layanlah aku seperti...

Layanlah aku seperti sebuah bas.
bergerak pantas jika diriku berlabel 'Ekspres'
bergerak selamba jika diriku berlabel 'berhenti-henti'.

Layanlah aku seperti sebuah teksi
untunglah aku jika penumpang menahan
kasihanilah aku jika tiada siapa mahu hairan.

Layanlah aku seperti sebuah kereta
perlu diperiksa sentiasa ketika muda bertenaga
namun pabila tua, dibiar sewenang-wenangnya.

Layanlah aku seperti sebuah motosikal
berhujan berpanas tidak ada yang hirau
harga ratusan ribu sekalipun, motorlah jua.

Layanlah aku seperti budak universiti
yang dalam hatinya kuat memaki
kerana senyumanku adalah misteri.

-one-
280208
cendana rc

No comments: