Showing posts with label KaRaSaPaRMa. Show all posts
Showing posts with label KaRaSaPaRMa. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Weekends' Pleasure :)

The English Language

Have you ever wondered why foreigners have trouble with the English Language?

Let's face it
English is a stupid language.
There is no egg in the eggplant
No ham in the hamburger
And neither pine nor apple in the pineapple.
English muffins were not invented in England
French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted
But if we examine its paradoxes we find that
Quicksand takes you down slowly
Boxing rings are square
And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig. 

If writers write, how come fingers don't fing.
If the plural of tooth is teeth
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth
If the teacher taught,
Why didn't the preacher praught.

If a vegetarian eats vegetables
What the heck does a humanitarian eat!?
Why do people recite at a play
Yet play at a recital?
Park on driveways and
Drive on parkways

You have to marvel at the unique lunacy
Of a language where a house can burn up as
It burns down
And in which you fill in a form 
By filling it out
And a bell is only heard once it goes!


English was invented by people, not computers
And it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all)


That is why
When the stars are out they are visible
But when the lights are out they are invisible
And why it is that when I wind up my watch
It starts
But when I wind up this observation,
It ends. 



source: http://www.ahajokes.com/eng002.html, retrieved on October 16, 2011 at 8.15 am


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Tuesday, October 11, 2011

The final day to invigilate the Khairiah's

*Lagu viva la vida* samsung corby 2 yang telah aku tetapkan penggera masa berbunyi. Bingkas aku bangun, menyelesaikan mandi di pagi dingin secepat mungkin dan bersiap siaga untuk hari terakhir menjadi Pengawas PMR. Nah, aku terlupa untuk menyeterika baju kemejaku. Lantas aku segera mengambil baju dari dalam almari, menuju ke papan seterika dan melakukan kerja-kerja menggosok kemeja putih berjalur biru hijau itu sepantas kilat. 
"Sudah 6.15..." getus hati kecilku. Kasut hitamku sarungkan, selepas stokin kelabu kupastikan disarung kemas di kaki. Persis seorang biduan dari desa, aku menyorot langkah menuju ke kereta. Tanpa membuang masa, aku memandu keretaku, meluncur laju membelah kabus tebal subuh hari. 6.45 pagi aku tiba di Bilik Kebal SMK Tinggi, Segamat. Mujurlah aku tidak terlalu lewat.
Selesai mengambil soalan, aku menumpang ketua pengawas untuk ke gerai Jom Singgah. "Mengalas perut saja. Kelak kita dijamu lagi. Sekolah ini ada pekerti. Dijamu kita saban hari..." Aku mengiyakan sahaja. Maklumlah, perut nan lapar apa lagi mahu dibual bicarakan. Langsungkan sahaja sesi mengalas perut ini. Kita ada misi. 2 jam 30 minit yang terakhir bagi Pusat Peperiksaan ini. Anak-anak SMAKS pastinya tidak lena tidurnya, memikirkan cara memekik tanda gembira, bersorak tanda merdeka. Anak-anak SMAKS pastinya tidak akan lupa, ini hari terakhir mereka untuk diuji segala macam benda. Sejak dari hari selasa lalu, hingga selasa minggu ini mereka berjuang di medan peperiksaan; bersenjatakan bukan kapak dan parang, namun ilmu pengetahuan.
Dari kejauhan sudah kelihatan langit mendung dan mentari hilang entah di mana. "Mungkin pagi lagi..." kata Cikgu Zakaria, "Tapi di seberang sana, sudah hujan nampaknya..." balasku. Serentak dengan penghabisan kata-kataku, titis-titis air mata awan membasahi tanah merah di luar kawasan kedai makan kami. Kasutku hitam akan bercapuk tanah merah nampaknya. Berlari menuju ke kereta dan kami bersiap siaga, meneruskan misi keramat, 2 jam 30 minit ini...
Kami tiba di SMAKS disambut dengan senyum anak-anak pelajar yang keletahnya seperti kera mendapat bunga. Gembira mungkin. Dan disapa bayu lembut dalam damai hujan pagi yang mendinginkan. Aku menggalas beg hijau berisi bundalan kertas soalan. Melewati pondok tempat anak-anak gadis menelaah buat saat-saat akhir. Biarlah mereka. Ini masa mereka. Masaku yang aku kesali sudah lama berlalu. Dengan 7A 
1B dan 'hutang' dengan Ustaz Wan Harun tertunai sudah. Hukuman dijalankan dengan mudah, jika terserempak dengannya dan dipanggil, maka akan dihukum. Tak kiralah di mana sahaja aku berada. Pernah sekali aku di'hukum' saat aku melewati foyer sekolah. Dengan senyum 'angkernya' dan gerakan tangannya, dipanggilnya aku."Hey, thor..mari sini..awak hutang dengan saya..." itulah Ustaz Wan Harun, yang hukumannya unik-unik namun terkesan di hati. Tugasnya meladeni kami, anak-anak muda yang sering alpa dan lupa diri. 
"Anda boleh mula menjawab sekarang." Begitulah awal mula bicara mula yang mencetus enjin minda pejuang kecil PMR ini. Satu-persatu soalan dijawab dan dalam masa satu jam, seorang demi seorang tewas di muka meja. Tersengguk-sengguk. Terlentok-lentok dan akhirnya terembam di meja. Saat denting mencecah setengah jam selepas peperangan 2 jam 30 minit ini bermula, aku memulakan tugasan. Menandatangani kehadiran. Satu demi satu ku tanda nama mereka. Yang hadir ditanda, yang tidak hadir ditinggalkan huruf 'T' dengan warna merah. Sehingga cukup lapan puluh lima dan aku simpan kehadiran, biarkan Ketua Pengawas membuat analisa kehadiran.
1 jam berlalu.
Aku melakukan rondaan. Mataku semakin berat. Inilah natijahnya tidur lewat.
1 jam tiga puluh minit berlalu.
Aku nyaris-nyaris dibuai bayu pagi yang bisu namun halus dingin sentuhannya.
2 jam berlalu.
Aku bingkas bangkit dan mengeliat sedikit. Melepaskan tekanan pada urat dan saraf serta otot malas yang sedang merengkot dimamah penyakit Malas. Sudah ada yang senyum-senyum. Pandang kiri dan kanan; tanda tidak keruan. Pastinya ada yang sudah berkira-kira sama ada untuk bercuti ke sini sana. Dengarnya ada pengumuman untuk mereka.

"Masa menjawab telah tamat. Sila letakkan pensel dan pen anda. Sila berhenti menulis."

Nafasku dihela panjang. Pastinya mereka lebih lega. Lega kerana perjuangan ini akhirnya tamat. Pastinya mereka enggan duduk sekali lagi bagi tempoh yang sama, masa yang sama dan dalam tahun berbeza. Mereka ingin keluar dari kepompong PMR ini dan bebas terbang laksana rama-rama, mengibas-ngibas kepak cantik mereka, membuat semua terpana.

"Anda akan bercuti hingga 30 Oktober 2011..." pastinya pengumuman itu menjadi rojak petis bagi kegembiraan mereka. Perisa tambahan. Lega diperoleh dan cuti panjang akan dimanfaatkan semaksima mungkin. Tahniah. Jangan lupa kembali ke sekolah, getus hati kecilku.

Selesai tugasan, jamuan dihidangkan. Hari ini nasi minyak dan ayam masak merah. Kecur air liur, luluh semangat untuk 'diet'. Buat apa dibazirkan. Rezeki sudah ada di hadapan. Menjamah makanan sambil bercerita dengan Pengetua Ramah. Bukan namanya ramah, namun sikapnya. Tangan dihulurkan tanda kemaafan. Kami berlalu pulang, sebagai tetamu Tuan-tuan. Izinkan kami singgah lagi, jika berkesempatan.

Selesai menjamah hidangan, kami bergegas ke Bilik Kebal. Pulangkan apa yang patut dipulangkan. Segala peralatan peperiksaan, dari pen marker papan putih hingga ke pita perekat. Semuanya hak Bilik Kebal. Setelah dipulangkan segala macam peralatan; berat kakiku melangkah. Menuju ke lubuk asalku berkhimdmat. Bukan untuk berkhianat.
Akhirnya, bercanda di Smart Food. Dengan rakan sekerja yang hampir seminggu genap tidak bersua muka, bergelak ketawa.

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

hanya gambar

senja. 
saat terakhir mentari menjengah kita. 
kerana malam hanya balam-balam bayangnya. 
dipantul sang rembulan indah sentiasa.

senja.
jingganya menggores pipi
menyeka air mata bercucuran lajunya
dan jingganya menutup kesedihan 
dan wajah redup seorang tua.

senja.
labuhlah tiraimu labuhlah
senja
tinggalkan kami tinggallah
senja
jemputlah kami menyaksikan pelayaranmu
meniti hari-hari.


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Tuesday, October 04, 2011

PMR 2011: a story from SMAKS (not SMKAS)

 a fighter who surrenders...
a PMR candidate from SMAKS has surrendered? Nay! I thought he doesn't know how to answer. but after this short nap, he answers as if he has just eaten a meat from a powerful dragon...

 i will fight till the end...
This is my 2nd year of invigilating PMR. no worries, readers. I perform my duty as an invigilator whole-kindheartedly :) all da best for candidates of SMK Tanjong Mas [my KRK students!!! luv all of ya!!] SMKA Segamat and the whole bunch of PMR Candidates all over Malaysia :) all da best. may Lady of Luck smiles to you along the PMR days~~


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Friday, September 16, 2011

"DP? Ape tu?"


hah. tetiba je plak facebookers menggunakan term DP di merata-rata tempat...hurmm...apa itu dp?

mari teka-teka apa itu d.p dan berapa banyak perkataan lagi dapat kita dapat dari abbreviation dp tu?

1. DP = dimple
- ni pendapat yang agak simplistik la jugak kan. ada ke patut dp tu sama dengan dimple? ouh...dimple tu lesung pipit. bukan lesung batu mahupun lesung kaki.

bagaimanapun, jawapan ni SALAH!

2. DP = Data Processing.
- Data Processing ni ialah term yang digunakan dalam komputer. Apabila kita ringkaskan, proses, dsb...itu la yang dinamakan Data Processing...walaubagaimanapun, di FB, ini BUKAN maksudnya! haha..

3. DP = Digital Photography.
- haaa...kalau pegi forum2 photographer, DP ni maknanya Digital Photographing...before adanya digital photographing, kita guna analog photographing....

boleh la kot diterima...namun, KURANG MANTOP jawapan ni..miahahahahaha....

4. DP = displaced person
- merujuk dictionary.com, displaced person bermaksud seseorang yang dibuang/terbuang dari tanah airnya disebabkan oleh perang, penjajahan, dsb..adakah ini ada kena mengena dengan facebookers? tak kot...jadi, abbreviation ini juga TIDAK KENA PADA TEMPATNYA :)

5. DP = DISPLAY PICTURE
hah. ni la jawapannya kepada sesapa yang musykil apa ke maksud abbreviation DP tu. sebelum ni kita biasa guna PP = Profile Picture. actually, DP ni biasanya digunakan oleh chatters di MSN, YM, AOL, dsb... 
itu saja lesson untuk hari ini. 

kelas, bangun! terima kasih semua...

-berjalan keluar kelas dalam masa perlahan dan cepat-




|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Wednesday, August 31, 2011

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

iwo jima ada sejarahnya. dan tugunya. namun aku hanya pandang sebelah mata.


di ibu kota. ada tugu gangsa. itu lebih kubangga-bangga.


salam merdeka.



|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Thursday, August 04, 2011

Photo_Lock | Train Traveller

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Tuesday, August 02, 2011

Karasaparma | Bahtera masa

I

bahtera masa;

izinkan aku mengembara.

aku ingin pulang dan bertemu mereka.


II

Dan Van der Wijck berlayar,
dengan anak kapal yang empat puluh
serta nakhoda yang seorang cuma,
membelah lautan menuju selatan
tanpa sedar tiada bekalan.

Dan di sebelahku, Aishwarya beradu
menganyam mimpi dalam dengkur halusnya.


hazwan hn
1 Ogos 2011
Johor

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan & Kenangan

I

Welcome Back, Mr. Ramadhan.
Let's hope that this year's Ramadhan
will be the best Ramadhan ever.

Ya Allah,
grant me with goodness
grant me with Rezki
grant me with happiness
through out this Ramadhan.

Ya Allah,
If this is the final Ramadhan for me,
I will never meet Ramadhan again.

II

Puasa kembali.
menggamit rasa
menceritakan juadah
kota bharu
membawa citarasa
shah alam
yang sudah lama berlalu.

Puasa kembali.
dengan rasa Segamat
yang segar amat.

hazwan hn
31 Julai 2011

Thursday, July 28, 2011

karasaparma 39: Intelligensia

seorang pak ustad berkata
dengan rendah bahasanya
dan kurang budinya,

"choral speaking itu batu karang berkata-kata"

aku tersenyum tawa
dan dari dalam hati aku bicara

"Usah menghina inteligensia kami orang bahasa,
Usah merendah kepintaran kami orang sastera..."

kami bukan penterjemah suka-suka
kami bukan penterjemah buta-buta,

dan jika ada yang bertanya bagaimana translasinya?

aku hanya akan senyum sinis
menyeka air mata yang hampir runtuh di pipiku

"tanylah pada Tuan Munsyi Bahasa..
aku bukan penterjemah babi buta
aku bukan penterjemah suka suka."

Tuesday, July 26, 2011

dia, femme fatale



Dia, Femme Fatale

air matanya diseka
kesedihan tercipta
meluah rasa
cerita direka-reka
dicampur garam perisa
secukup rasa.

26 Julai 2011
Segamat, Johor


source: http://2164th.blogspot.com/2010/10/mind-if-i-smoke.html

Monday, July 25, 2011

photo_lock | Sg. Besar, Teluk Intan


Warong Pak Hamid
- Appeared once in Jalan-jalan Cari Makan---which season eh?

tempoyak ikan patin + lala...ordered Ikan Bakar also.
But, hand is too full to snap da beautiness of da ikan bakar.

the following day, on the way back from SK Sg. Besar, mak wanted to eat Lempeng.
so, we stopped by the roadside where there is a small gerai and ordered Lempeng.
superb dher! the taste, the kuah, n everything is superb~~!!!


lempeng, anyone?




Monday, July 11, 2011

photo_log | Telok Gorek here and there

Teluk Gorek | 10 Julai 2011

mohsen: wan...tolong amek gambar ni wan..nnt ko tag aku kat fb k.
aku: ok...ko nak tulis apa atas pasir ni?
mohsen: ada la....

so, Mohsen decided to carve the beach by writing...
"Ayah [love] Ibu & Balqis"

so sweet la u, bro..
baru sebulan jadi ayah! yeah!!!

* * *

let her play on her own :) I was walking down the beach. heading to our campsite and saw this sweet lil girl playing on her own. she didn't care about her surroundings, the weather, the sea breeze...all that can make her focus is that bottle with sands inside it. she is trying her best to take all the sands out from the bottle...so sweet la, adik!
* * *

before the photoshoot session :P


flippers~




pictures by: Thorempire

Thursday, July 07, 2011

the day I will always remember





Kawalan Kehormatan: 30 wakil SMKAS
Pegawai Baris: Insp (K) Hazwan bin Hamdan
Kawad Individu (Lelaki) : Sjn Najwan (pertama)
Kawad Individu (Perempuan) : Sjn Nurul Atikah (pertama)
Kawad berkumpulan - Perempuan (kedua)

Tahniah! :)

sekarang suda sunburn balik. aduyay. ntah biler la nk recover balik ni. last ak burn masa kayak dulu. tu sehari pn da seminggu nk recover. ni 4 hari punya cerita n worse come to worse, next week sesi amik gambar majalah. it will be my darkest magazine ever! tak nakkkk!!!!! fair n lovely please help me!


pictures by: thorempire + Kor Kadet Polis Segamat Fb page


Tuesday, May 24, 2011

my day & our day

tema : back to school [?]


"jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
segalanya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca.."

Tongkat Warrant

Monday, May 04, 2009

rencah hidup rencam dunia

dihisap disedut seperti biasa
walau ada kalimah bahaya
merosakkan jiwa bikin sengsara
walau ada tambahan perisa
paru-paru, janin dan kaki juga.

tegar, aku tidak bisa berhenti
berhenti sekali, aku mulakan kembali
kali ini tidakkan berhenti
sampai mati.

may 4, 2009
dalam rumah ada orang

Saturday, April 25, 2009

we Bid U(iTM) farewell~

i've walked fast
i've ran slow
i've done nothing
with noone noticing.

i've grabbed the sarcastic wind
i've hugged the talking shadow
they seem know no more
why i keep the singing raindrops
in a box with tomorrow inside.

hardships
sorrows and
happiness
we've covered all
with sour faces
and sparkling eyes.

we are going back
to be the starting line-ups
that only know ways to follow
yet know nothing
bout sleepy hollow.

Monday, April 20, 2009

e x e u n t > > >

kita ditunjukkan jalan keluar
dengan cara mulia.
kita ditunjukkan jalan keluar
dengan cara bijaksana.
dan kita keluar
dengan sia-sia
tampak kurang bijaksana.

p/s: soalan SLA. terima kasih. menguji kami dengan sebenar-benar ujian.

20042009
library lama INTEC

Saturday, April 18, 2009

.duduk.tunduk.diam.

cohort 3 shoot n smile :-)






tamat riwayat gambar2. ada yang cukup, ada yang tak cukup. ada yang bising, ada yang senyap.
aku hanya perlu duduk sendirian di hujung perhentian. tunduk memandang garisan kuning penghadang langkahan. diam kerana tidak berteman.
[C.I.S 2009]

Saturday, April 11, 2009

renjatanMINDA


meratapi kekebalan minda,
mengusap lembut luluh jiwa,
walau hanya sebelah mata
rasanya hilanglah dunia.
walau hanya setengah rasa
hilanglah seri dunia.
walau hanya separuh serinya
hilanglah cinta dan cita.