sang penabur air liur sudah tamat tugasnya menabur air liur ke seantero kawasan yang hendak diwakilkan. dan kini sudah ada penabur yang menang, ada yang kalah. ada yang bangga, ada yang malu hingga jumpa 'press' pun sudah tak mahu. selepas menang, sekalian tiada lagi mahu menadah telinga dan bertempik sorak, kerana sekalian mahu lihat akan air-air liur bertaburan itu bangkit dan jadi satu kenyataan. air-air liur itu tidak sepatutnya hanya tersimpan di mikrofon sahaja.
wan mol: berjasalah untuk hari ini, esok dan hari mendatang
Senyap vs Hantu
nampaknya ada yang terlepas pandang. asyik sangat membawa ke hulu hilir hantu-hantu, mereka terlupa akan barisan rakyat yang senyap. senyap tanpa suara namun hati dan nurani mereka barangkali terbakar dek kerana diabaikan. mungkin kerana menyahut Dasar Pandang ke Timur, maka Barat dilupakan dan akhirnya terbengkalai di lapangan. nampaknya yang senyap lebih bahaya dari hantu. hantu boleh ditangkap dan dirampas myKad mereka. namun, yang senyap ni tiada terlabel di lilitan kepaala mereka.
wan mol: hantu-hantu boleh ditangkap, yang senyap?
"wind of change"
tiada mustahil satu hari nanti, yang memerintah akan membantah. dan si pembantah kini akan memerintah. ada sepenggal untuk semua membuktikan kepada sekalian. akan jasa dan pengorbanan. kekalahan adalah kelemahan dan pelajaran. kemenangan adalah kekuatan dan peringatan. peringatan bahawa yang menang tidak selamanya akan menang, yang kalah tidak selamanya menempek di tanah.
wan mol: bermuhasabahlah semoga akan menyedari kesilapan
No comments:
Post a Comment