Wednesday, September 17, 2008

~gerimis di lautan

gerimis di lautan, orang di darat yang terkesan,
samalah macam luka di badan, peritnya di muka kelihatan.

aku keletihan. hanya perlukan masa untuk berehat, dan tika untuk memperoleh ketenangan. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya, kerana terjunnya telah menyerlahkan kebodohan orang lain dan menampakkan kebijaksanaan sendiri. jangan menuruti terjun mat jenin, kerana terjunnya memusnahkan diri sendiri, lantas yang lain bisa mentertawakannya. hanya orang bijak sahaja yang mengerti mengapa cerita Pak Pandir itu diceritakan sebagai bodoh dan pandir. hanya orang bodoh sahaja yang mengatakan orang-orang lama itu zalim kerana sanggup membiarkan anak mati daripada adat. Bodohlah juga mereka yang hanya tahu duduk di bawah tempurung dan mentertawakan manusia yang bisa mencapai kegemilangan jua menggapai bintang di langit terbuka.

itu sahaja.aku keletihan, mindaku bosan.

No comments: