Thursday, December 04, 2008

ku persembahkan lantera


Apabila dah dewasa
bukanlah dirimu bermakna tua
sekadar angka bertambah cuma
satu menjadi dua.

Bawalah lantera ini
ke segenap perjalanan
menerangi kegelapan
berpanjangan.
Kerana di hutan
hanyalah bintang
menjadi panduan
hanyalah mentari
tanda pertambahan
hanyalah sungai
tanda kebebasan.

namun kebebasan
ini tiada hakiki,
terkesan sementara cuma.
terkesan secukup rasa.

**selamat hari jadi ke 22 buat yang teristimewa~
++semoga bahagia sentiasa hendaknya, selamanya.

No comments: