Wednesday, February 27, 2008

Tinta Menari | Pilihanraya Umum ke-12

Bismillahirrahmanirrahim...

"ini bukan masa untuk mencuba-cuba,
ini adalah masa untuk menentukannya!"


Apabila Parlimen dibubarkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong setelah diusulkan oleh Perdana Menteri, maka bermulalah satu peperangan yang berlangsung sehingga 8 Mac 2008. Perang Poster, Perang Bendera serta Perang Air Liur. Maka kelihatanlah bendera dipacakkan di roundabout, tepi2 jalan, jambatan hatta di atas pokok kelapa sekalipun. Maka air liur pun berteraburlah tatkala ceramah2 dilakukan di khemah2 dan padang2 sehingga yang mendengar selama sejam setengah terpaksa menggunakan payung untuk menangkis serangan bertubi2 air-air liur sang penceramah.

Air-air liur itu dek kerana banyaknya, maka rakyat sekalian seakan terpanggil untuk berfikir. apakah air-air liur itu akan dapat dilaksanakan? apakaha air-air liur itu dapat dipraktikkan? apakah sang penabur air liur dapat bertahan di atas pentas selama sepenggal pemerintahan yang akan datang?jawapannya? tanyalah pada sang pencetus idea air-air liur itu.

Sesetengah pihak menyatakan bahawa rakyat Malaysia takut untuk melakukan perubahan (indirectly, sang penabur suruh pengundi undi parti dia la..). Benarkah? hmm...sebenarnya jika benarlah (berapa banyak BENAR da..) apa yang dikatakan itu, maka benarlah. jika tidak benar, maka tidak benarlah. Rakyat kita, pengundi kita bukannya takut melakukan perubahan. mereka sebenarnya kurang yakin dengan persembahan dan percaturan yang dilakukan oleh sang penabur air-air liur yang lain. sebab itulah Dacing Biru mampu bertahan untuk Lima Puluh Tahun yang dahulu dan insyaAllah, Lima puluh tahun yang akan datang. jika mahu rakyat memilih mereka, lakukan sesuatu untuk yakinkan rakyat. jangan lakukan sesuatu yang menakut-nakutkan rakyat.

Kepada kawan2 yang kini berada di segenap pelusuk dunia, apabila pulang ke tanah air kelak, saksikanlah jika ada perubahan. ada 'abang2' kita yang kini sudah bertanding dan menjadi penabur air liur (untuk beberapa jenis parti) dan ada di kalangan kita juga bermati-matian memanjat tiang2 dan billboard untuk menggantung kertas A3 yang berlogo dan berpangkah. saksikan juga ada manusia yang berlidahnya bukan setakat bercabang dua, malah tiga empat dan lima. saksikanlah jika negar kita sudah bukan lagi milik kita jika ada yang tersalah. tersalah kerana hanya ingin cuba-cuba ketika pilihanraya dan kesannya pasti terasa selepas 9 Mac 2008 dan 4 tahun yang mendatang.

Wassalam.
++oNe++
Feb.27,2008

1 comment:

Anonymous said...

keyakinan yang tulen lazimnya lahir daripada kebenaran. setiap kebenaran yang terdedah boleh membawa si pendengar itu kepada pelbagai jenis kesimpulan, termasuklah kesimpulan yang amat, amat menakutkan sekiranya ia benar.

jawapan kepada semua persoalan tentang sejauh manakah kebenaran yang terdedah ini boleh diterima, tertakluk dan bergantung kepada sejauh manakah maklumat dan bukti yang disebarkan itu relevan dan rasional pada telinga si pendengar.

these 'penabur-penabur air liur' are not just doing their job. they are representing people's awareness and concerns, especially of those who REALLY witnessed the ruling government's misgivings of conduct, of what will it be in the future.
and they do it voluntarily.

it is amazing to witness that voluntary-based active parties have now a huge number of supporters, mainly of profesionals and highly intellectual individuals offering such concrete supports to this seed of 'wind of change'.

the 12th election is seen as a try out only by Dacing Biru, but not for me and the rest of them. for me, its time for a change. time to end the series of horrifying truths and concealed evils.

save ourselves. save our family. save Malaysia.

vote for the best.