Najib dah bersumpah
Anwar? jadi sesumpah?
Selepas mamanda menteri Penerangan melancarkan trend debat di kalangan ahli politik serta pemimpin masyarakat, sebuah trend terbaharu dilancarkan baru-baru ini oleh seorang yang bernama Saiful (nama sebenar). Trend ini dinamakan trend 'bersumpah'. Ia kelihatan serius dan mudah. Namun, apakah mereka yang sewenang-wenangnya bersumpah ini sudah mengambil kira pandangan ulama atau sekurang-kurangnya ustaz semasa sekolah rendah dahulu? Jika sudah tiada pun, tanyalah Tok-tok Mudim, Imam atau Bilal di kampung tentang tata cara bersumpah sebenarnya. Jika sudah, baguslah. Tetapi ketika trend ini dilancarkan baru-baru ini, ia mendapat kecaman, kritik dan saran daripada ulama benar dan ulama 'politik' seantero negara. Bersumpah ada cara-caranya. Ada lafaz yang perlu diikuti. Bersumpah juga perlu berhati-hati. Elakkan daripada dieksploitasi. Jika trend baru ini diterima ramai, usah terkejut jika esok lusa ada juga yang nak bersumpah kerana tidak mahu mengaku membuang sampah.
Diharapkan, sebelum melakukan sesuatu yang berpaksikan agama, rujuklah dengan orang yang lebih mengetahui. Jangan nak buat-buat tahu. Kelak nanti kita yang malu.