Laungan itu kedengaran lagi
Sayup di hening pagi
Laungan itu kedengaran lagi
Menyapa kita yang masih buta.
Tegas walaupun mendayu-dayu
Menyeru kita bangkit bersama
Namun kerana masih gelap; berbayu
Begitu saja, kita tinggal tugas pertama
Laungan itu kedengaran lagi
Dalam terik mentari kota
Laungan itu kedengaran lagi
Menyapa kita yang masih buta.
Datanglah sudah tugas seterusnya
Berehat sebentar bagi sang pekerja
Agar penat yang sekelumit hanya
hilang dan takkan datang semula.
Laungan itu kedengaran lagi
kita masih memandu kereta
Laungan itu kedengaran lagi
Menyapa kita yang kini buta.
Yang dua sudah ternyata lupa
Yang tiga, empat dan lima
Entah bagaimana kiranya?
August 14, 2007
1408, Kolej Cendana
No comments:
Post a Comment