Thursday, December 08, 2005

hujan

titis-titismu
basahkan bumi,
segarkan tanah,
bangunkan kami
dari lena siang
yang panjang.

titis-titismu
kami biarkan berlaku.
jika lebat, lebatlah.
jika renyai, renyailah.
tiada daya kami melawan,
apa lagi menahan
cukup sekadar mendoakan
kesejahteraan.

titis-titismu
gusarkan hati-hati kami
bila akan berhenti
menjadi rahsia abadi.
kerana ketika kau basahi bumi,
jam mentari tiada lagi berfungsi
jam minda tiada upaya mengira.

titis-titismu
kata orang,
bak air mata. benarkah?

No comments: