Thursday, December 15, 2005

Cinta Kalin

Cinta Kalin
(sebuah refleksi filem Ungu-Violet)

Sukarnya hidup dengan sejarah berbuku di dada,
Kerana yang di depan mata mungkin terima akibatnya.
Kasih, sayang dan cinta terkorban begitu sahaja,
Tanpa ada usaha selamatkannya.
Dan biarkan hati, jiwa dan minda sengsara.
Ada insan mencintai namun dielak seikhlas hati
Semuanya kerana hidup berbuku sejarah di dada.
Abaikan insan menaruh hati dengan terpaksa
Insan terabai faham tidak masalah menimpa.
Insan terabai rasa ditipu dianiaya.
Mengapa tiada yang mahu terima?
Anggap suka-suka menolaknya
Memori tidak akan padam musnah hilang
Kewarasan dan pertimbangan berbekal ada.

Benarlah kata sang pujangga
Amatlah pedih menyakiti insan yang kita cintai
Amatlah sedih melukai insan yang kita sayangi
Namun bukannya dibuat tanpa periksa
Semua bersebab yang sekecil cuma.


No comments: