Tuesday, April 22, 2008

Tipu

Aku seorang penipu yang sukar menipu
Aku hanya mampu meniup angin penipuan
Ke segenap pelusuk badan dan jiwa sang tertipu
Ditipu penipu menyebabkan aku tertipu
Lalu aku menipu sang penipu agar mereka ditipu.

Aku seorang penipu
Menggariskan undang-undang penipuan
Agar nasib penipu tertipu terbela
Agar nasib ditipu penipu terjaga

Penipu seperti aku hanya pandai menipu
Namun jangan cuba menipu penipu seperti aku
Kerana aku seorang penipu yang sukar ditipu dan tertipu

Tipulah jika aku bukan seorang penipu yang mudah tertipu
Tipulah jika aku tiada upaya menipu sang penipu mudah tertipu

Tipulah segala penipu, kerana di atas sana
Dia tidak akan tertipu dengan sekalian penipu.

Selasa
22 April 2008
1/408