menyebarkan ribuan rasa kesedihan.
bisik bayu lembut menyapa pipiku
membawa khabar kesedihan.
sesak kota Padang pagi ini
ku tak rasa ingin pergi.
sekalipun cintaku di tanah ini
masih serapuh keripik balado,
sekalipun sayangku sehalus
serbuk kopi Bukit Tinggi,
kerinduan yang bakal lahir
pasti setebal kabus Tasik Maninjau.
perjalanan pulang ini pasti sepantas
sepeda motor yang dijadikan ojek
yang hulunya sentiasa menghala
ke gigi jalan sebagai penantian
untuk warga Padang
sebagai tumpangan pulang
untuk para wisata,
sebagai kenderaan keliling kota.
tidak pernah aku sangkal
perjalanan jauh ini jenuh dan penuh
sudahlah jauh, jenuh pula kerana
penuh dengan pengalaman kerana
penuh dengan pandangan.
setinggi Bukit Tinggi kami takluki
seluas Tasik Maninjau kami tinjaui
sesibuk kota Padang kami jelajahi
dalam kembara ini.
dan kini, perjalanan satu jam ini
bakal membuatkan kenangan 5 hari kami
tertinggal di belakangan.
2 juni 2007
8.00 pagi
minangkabau international airpot,IND.
No comments:
Post a Comment