Sunday, June 24, 2007

Pantun Anak Moden...

*Makluman: ini bukan berniat menghina pantun asli kerana yang asli masih dikekalkan. Penambahan dibuat kerana berpandangan pantun asli banyak tersirat maksudnya dari yang tersurat.

Dua tiga kucing berlari
dari pagi hingga tengah hari
mana nak sama si kucing belang
dengan si mata keranjang,
dua tiga boleh kucari
walau terpaksa dipanah mentari
mana kan sama cik adik seorang
yang bujang terang-tang-tang.

Pulau pandan jauh ke tengah
Berenang sampai termengah-mengah
Gunung daik bercabang tiga
Tempatnya bersih bak dijaga
Hancur badan dikandung tanah
Walau ribuan dicucuk panah
Budi yang baik dikenang juga
Walau sebesar biji saga.

Pucuk pauh delima batu
Pohon jauh hanya satu
Anak sembilang di tapak tangan
Jika disengat jadi kenangan
Walau jauh beribu batu
Ingatlah yang satu
Hilang di mata di hati jangan
Semoga hubungan berpanjangan.

Kalau ada sumur di ladang
Jangan lupa bawa pengadang
Bolehkah saya menumpang mandi
Kerana kau perempuan aku lelaki
Kalau ada umur yang panjang
Kerana kita masih bujang
Bolehkah kita berjumpa lagi
Agar ikatan dapat disimpul mati.

myHome
june 19, 2007
Tuesday

No comments: