Tuesday, June 14, 2005

reunion..

Reunion 6 Bestari 1998
a.k.a BESTARIAN class of 98

Tarikh: 11 Jun 2005
Venue: 1. Hillcity Hotel, Ipoh.
2. Kinta City, Ipoh
Kehadiran: 15/30
~Ihsan, Amirul, Zahirah, Radin, Aswad, Hazwan, Izzati, Haizum, Aisyah, Intan, Azhwaa, Nadiah, Sarah Majidah, Sarah Shafawati, Farazila.

Reunion ini dirancang dalam masa 3 hari, namun masih berjaya dijalankan dengan jayanya. Semua yang dating ni sebab masih bercuti selepas menamatkan pengajian di matrikulasi dan sebagainya. Walaupun tak semua masih tinggal di Parit, kitorang masih dapat berjumpa hari ni. Ihsan dan Amirul tinggal di Batu Gajah; Zahirah, Radin (Ipoh); Sarah dua bersaudara (Manjung)…yang lain-lain tu je tinggal kat Parit yang indah permai ni. Seronok gler jumper korang sumer… study suksess..hehehe. Ihsan dh nak fly ke US; Radin nak buat Law; Aswad sambung Matrik die yg ter…; Nadiah kat UiTM Machang; Azhwaa kat UiTM Kuantan; Sarah , Zahirah n aku buat TESL…; Haizum, Izzati, dan Aishah tgh cuti lg pas m3x.huhu…sumer dah beso. Sumer dh berjaya dgn apa yang dikejar. Berubah? Mesti la ada. Takkan x berubah langsung, kan? Seronok..gelak-gelak. Citer pasal zaman darjah 6 yang penuh dgn unsur-unsur naivety. Banyak kenangan yang x dapat kiter lupakan…

~tempat ini banyak meninggalkan kenangan kita bersama. Takkan kita dapat lupakannya sampai bila-bila…

Kata-kata itu yang aku pegang setiap kali aku mengingati korang. Makan? Hehehe…bukan nak makan sangat pun aku kalau jumpe korang. Aku nak bergelak ketawa puas-puas. Nak dengar citer n gossip panas. aku datang sebab nak jumpe korang sumer. Lepas makan, kita ambik gambar sampai bateri digicam aku ‘kong’. Dapat gambar skek je. Bateri digicam Ihsan pun kong gak mcm aku punyer..terpaksa la simpan utk nx reunion, baru ambik gambar puas-puas..

Lepas makan, kena exercise, kan? Hehehe…senaman hari ni bertajuk…Bowling. Venue? Kinta City la.. 4 orang balik (tak join coz parents suruh balik awal..) Pegi sana naik 4 kereta; Radin, Amirul, Ihsan and Aswad. main punya main, x sedar dah lewat. Sumer menyerlahkan bakat terperap masing2 dengan melontar bola ke longkang yang disediakan di kiri dan kanan setiap lane. Amirul la juara coz die wakil Perak Tengah untuk SUPER III dalam acara Bowling. Yang lain tu, sekadar mengharap nasib je la. Strike? Heh sekali je. Aku pun 1st time main Bowling. Sumer pun pakat kongsi satu alasan yang sama.

Abis main bowling, ingat nak bantai Pizza lak. Tapi, girls dah nak balik. Takkan aku, Amirul dan Ihsan je nak makan, btul tak? So, acara tu kitorang KIV dulu…kalau free, kite kuar lagi, ek?
Hari kian tua…sumer pakat nak balik. Amirul akan organize nx reunion coz Ihsan akan fly dalam masa terdekat ni. Aku tumpang keta Aswad untuk balik. Hujan dan lagu Suratan atau kebetulan yang berkumandang di radio ketika itu menambahkan mood yang solemn hari tu. Sedih, gembira, dan semua perasaan bercampur baur di akhir pertemuan kitorang. Sumer berharap dapat datang pada nx reunion yang akan datang ntah biler. Aku cuma suggest kat diorang supaya nx reunion, kita buat masa Hari Raya Aidil Fitri.

P/s: jumpa lagi. Satu hari nanti. No tepon dah ada, forget me not :-)

Bawak pen selalu…

No comments: