Thursday, September 15, 2005

+ tentera 'buffalo' +

Buffalo Soldier, Dreadlock Rasta
There was a Buffalo Soldier
In the heart of America
Stolen from Africa, brought to America
Fighting on arrival, fighting for survival

I mean it, when I analyse the stench
To me, it makes a lot of sense
How the Dreadlock Rasta was the Buffalo Soldier
And he was taken from Africa, brought to America
Fighting on arrival, fighting for survival
Said he was a Buffalo Soldier, Dreadlock Rasta

Buffalo Soldier, in the heart of America
If you know your history
Then you would know where you coming from
Then you wouldn't have to ask me
Who the heck do I think I am

I'm just a Buffalo Soldier
In the heart of America
Stolen from Africa, brought to America
Said he was fighting on arrival
Fighting for survival
Said he was a Buffalo Soldier
Win the war for America

Dreadie, woe yoe yoe, woe woe yoe yoe
Woe yoe yoe yo, yo yo woe yo, woe yoe yoe(repeat)

Buffalo Soldier, trodding through the land
Said he wanna ran, then you wanna hand
Trodding through the land, yea, yea
Said he was a Buffalo Soldier
Win the war for America
Buffalo Soldier, Dreadlock Rasta
Fighting on arrival, fighting for survival
Driven from the mainland
To the heart of the caribbean

Singing, woe yoe yoe, woe woe yoe yoe
Woe yoe yoe yo, yo yo woe yo woe yo yoe(repeat)
Trodding through San Juan
In the arms of America
Trodding through Jamaica, a Buffalo Soldier
Fighting on arrival, fighting for survival
Buffalo Soldier, Dreadlock Rasta

Singing, woe yoe yoe, woe woe yoe yoe
Woe yoe yeo yo, yo yo woe yo woe yo yoe

~ni lagu bob marley. aku selalu gak dgr lagu ni kl lepak kt bilik ajan. tensen2 buat keje, layan je lagu ni. hoho..xpnah dgr? download la cepat!

Friday, September 09, 2005

Ragam rajuk

ada yang senyap
ada yang bising
ada yang berlari
ada yang membatu.

ada yang tak tahu
ada yang pelik
ada yang hairan
ada yang jelik.

ada yang baring
ada yang terlentang
ada yang mencangkung
ada yang kangkang

ada macam-macam ragam
bila merajuk
macam-macam ragam
bila memujuk
macam-macam ragam
buat-buat tak faham.

~10.57 a.m
~Library

Tuesday, September 06, 2005

persembahan dari + Surga +

"welcome to you my special guests.."

my friends and I, we've just finished performing 'dikir barat' to a group of lecturers from University of Hadfordshire,UK. they arrived here at about 9a.m and they're here to visit our college and to observe the PISMP Mathematics and Science students. What I heard was, the PISMP students will be linked to this university! urghh!!how can? we're the entertainer, but the PISMP students will get this kinda oppurtunity?duhh...but, all of us didn't care much on that. We're delighted as the foreigners are stunned with our perfomance. we served them with 3 songs, they are; Welcome to You, Oh Carol, and Wind of Change. wait! there's another song...it's 'ambo raso berkene.' it's a modern dikir barat song and it is sung in Kelantanese dialect. even though the lecturers understand nothing, but we're happy when they gave us a big applause! clap!clap!clap! huhu ^_^;

~Special thanks to Po'we, Suluq, Heikal, Shuk, Qlah and Hikam for their support and commitment to make the performance a success..

Wednesday, August 31, 2005

merdeka@48

Jendela

aku menanti di jendela
di balik bidai dan tirai
mahu melihat perarakan panji merdeka
mahu mendengar tempik sorak merdeka
mahu lihat anak bangsa merdeka
aku menanti di jendela
kerana jendela ini
pasti akan aku buka
untuk cinta
untuk bahagia

Library,30th August 2005
12.35 pm.

~salam merdeka! semoga kita merdeka minda, merdeka bahasa, merdeka budaya, merdeka segala...

Thursday, August 25, 2005

August

August starts to shade a bit towards shade,
Upon the cusp of full tide and retreat.
Gifts of grace accumulate through time
Underneath the sweat of the sublime,
Substance that no silence can defeat.
Though evenings earlier begin to fade.

~baru lepas menziarahi senior2 cohort 1 aku kt UiTM Shah Alam. ntah nape, sayu je rasa...Masa diorang ada kat mpkb, mmg seronok. byk benda bleh share dgn diorang. byk citer boleh didengar..dulu, bilik diorang, sebelah menyebelah. sekarang ni, Lee duk 3rd floor, Yus 5th floor, che'lah 5th floor blok lain. duhh...tp, perperhal pon, korang still the best. Chaiyo!!

Saturday, August 20, 2005

Tesl Language Camp 2005

hmm...nk cakap banyak pun xgune. yg penting aku puas hati dgn perjalanan carnival ni. ada la skek rasa upset. tp, kiter kne jd profesional. xbleh nk emosi sana sini. buruk padahnya...so, sebagai tuan rumah a.k.a penganjur sulung, diharapkan agar maktab seterusnya dapat perbaiki kelemahan2 yang obvious ataupun yg tersorok di balik tirai dewan wawasan nu. perhaps, the 2nd will be better than the 1st one, rite? thanx to all C3,C2 and C4 members for the help and support throughout this carnival, Mr Adnan, Tn Hj Wan Muhammad, Lecturers of English Department, Pengarah, and to all participants,THANK YOU.

Tuesday, August 09, 2005

Jadikan MCKK `kampung akademik'

KUALA KANGSAR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) wajar dibangunkan hingga mencapai taraf antarabangsa yang berupaya menawarkan tempat pengajian kepada pelajar-pelajar Melayu dari seluruh dunia.
Titah baginda, bagi merealisasikan tanggungjawab itu, MCKK wajar dijadikan perkampungan akademik bagi seluruh rumpun Melayu dan untuk itu sebuah kurikulum di peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate wajar diperkenalkan kepada pelajar.
``Untuk itu, atas nama Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK, beta menawarkan kepada negara, kesediaan MCKK mengambil tanggungjawab besar tersebut; tanggungjawab membantu merealisasikan hasrat dan impian negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju, bangsa yang dapat berperanan aktif, merealisasikan pelaksanaan program pembangunan insan di peringkat antarabangsa.
``Ini kerana dalam tempoh 100 tahun yang lalu, MCKK telah mengambil langkah mencantumkan pemikiran muda Melayu di tanah air ini, melalui program pendidikan.
``Untuk itu, biarlah, Bandar di-Raja Kuala Kangsar, sekali lagi menjadi tanah dan bumi, tapak semaian yang dapat mencantumkan dan menyatukan pemikiran dunia Melayu,'' titah baginda pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah MCKK 2005 di sini hari ini.
Baginda yakin, MCKK adalah antara pusat pendidikan yang memiliki keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab sedemikian.
``MCKK bersedia mengambil tanggungjawab, menjadi perkampungan akademik bagi seluruh rumpun Melayu.
``MCKK mempunyai potensi, menjadi tapak semaian tunas muda Melayu untuk membina rangkaian hubungan dan kerjasama di peringkat global,'' titah baginda.
MCKK telah mencapai usia 100 tahun setelah penubuhannya pada tahun 1905 hasil pemikiran dirumuskan oleh Raja-Raja Melayu.
Pada masa itu, Raja-Raja Melayu berpandangan adalah penting bagi anak bangsa, dibekalkan dengan pendidikan dan diperlengkap penguasaan ilmu pengetahuan selaras dengan keperluan semasa negara dan dunia.
Fikiran radikal Raja-Raja Melayu 100 tahun lalu telah mencetuskan satu revolusi pendidikan kepada orang Melayu khususnya dan kepada negara secara menyeluruh.
MCKK pada mulanya ditubuhkan untuk anak-anak golongan aristokrat Melayu tetapi keadaan berubah menurut masa dan kemasukan para pelajar kemudian menurut merit.
``Negara hendaklah terus bijak, mengatur langkah strategik, mengambil peranan sebagai pemimpin, memenuhi keperluan dan permintaan di persada antarabangsa dan harus bersedia, berfikiran lebih terbuka - lebih fleksibel, dalam melaksanakan program pendidikan,'' titah baginda.
Baginda bertitah, MCKK di era globalisasi, teknologi maklumat dan komunikasi dan di era ekonomi berpaksikan pengetahuan, perlu berani mengambil tanggungjawab lebih besar selaras dengan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju.
``Semoga pencapaian hari ini, dijadikan tangga untuk memperoleh kejayaan lebih besar,'' titah baginda.

Wednesday, August 03, 2005

] k o s o n g [

aku berlari
sedang kalian
lihat aku berdiri
pelik?
aku melihat
sedang kalian
nampak aku tidur
ajaib?
aku sepi
tatkala kalian
lihat aku mesra
aneh?
aku kosong
sedang kalian
rasa aku cukup segalanya.
jiwaku kosong
dan terus kosong.

3rd August 2005
1.10 pm
Library