Wednesday, August 31, 2005

merdeka@48

Jendela

aku menanti di jendela
di balik bidai dan tirai
mahu melihat perarakan panji merdeka
mahu mendengar tempik sorak merdeka
mahu lihat anak bangsa merdeka
aku menanti di jendela
kerana jendela ini
pasti akan aku buka
untuk cinta
untuk bahagia

Library,30th August 2005
12.35 pm.

~salam merdeka! semoga kita merdeka minda, merdeka bahasa, merdeka budaya, merdeka segala...

No comments: