Sunday, February 14, 2010

Kenduri Naek Buai

hohoho...setelah kurang lebih 20 tahun, akhirnya kenduri naek buai kembali ke teratak kami di Siputeh Rd, Parit. Kali ni, dibuaikan puteri sulung Yop merangkap cucu sulung ayahanda bondaku. Meriah, happening macam sedia kala. cuma dek kerana kurangnya kehadiran sepupu sepapat menyebabkan keriuhan terhenti beberapa kali.hahaha...tp, happening tetap happening. itu memang tidak dapat dinafikan. bermula dengan ketibaan team marhaban lebih kurang jam 9 pagi, dijamukan dengan sedikit sarapan sebagai alas perut untuk mereka memulakan acara...lama juga mereka ni bermarhaban (gabungan selawat-selawat, zikir, serta gurindam nasihat) dilagukan supaya bukan sahaja si bayi mendengarnya, tapi kami yang dah tua bangka ni turut terkena tempiasnya ^^; sedikit sebanyak, dapat menginsafi betapa peritnya pengorbanan seorang ibu dan juga ayah~
setelah tamat majlis marhaban, cucu sulung ini digunting rambutnya oleh hadirin..^^ lepas tu, mcm biasa la..kenduri kan. mesti la sedikit jamuan buat para hadirin :-)


No comments: