Tuesday, January 26, 2010

"kedai sup kilang"

h u j a n .
lebat tersangat lebat.
dan aku terperangkap di jabatan bahasa.
mr.muhaimi mengajak makan tengah hari.
"how can I say No to a free lunch?"
jadi jawapan "Ya" sahaja cukup untuk menghalalkan aku menaiki Persona bersama KJ Mr.Adnan dan Mr.Nasir Depp.

h u j a n .
dengan nasi dan sup daging.
Kilang-kilang jiran kami.
sup berjaya memberi sedikit haba buat diri yang sejuk dan minda yang kecut.

hujan.
dan Mr. Adnan pun berbicara.

satu...

dua...

tiga...

"Beritahu rakan-rakan, jangan asyik boros belanja sakan. Elaun Praktikum tidak akan dapat; ada kemungkinan..."

"Beritahu handai taulan, jangan asyik boros belanja sakan. Posting ke mana sekalipun sama ada lambat atau di penghujungan; juga ada kemungkinan..."

"Beritahu sahabat seperjuangan, jangan asyik gembira sakan. AE bukan mainan. Tersalah kiraan, menyesal di hari kemudian..."

dan itulah pesanan.

tiga...

dua...

satu...

dan kami meredah kebasahan.
pulang ke jabatan,
dalam kesejukan.

-oNe-
2010

2 comments:

nadiahs said...

kedai sup tulang?
kat ne plak ni?
jgn boros2 arrr..

the Haz-one said...

hehe..x boros.sbb free