berjalan2 bersama bonda tercinta
dan abang yg bkerja seni dan reka di art-channel
pulang ke rumah meraikan
ramadhan; menemani kedua orang tua
yang maseh muda
(kerana cucu masih in-progress)
lantas petangnya pergi ke bandar raya Bunga kertas
melihat-lihat suasana ramai membeli juadah
serta terang-terangan makan bau
ayam golek, nasi kerabu, murtabak, kebab
samosa, mee kari, akok dan bahulu.
serta sukarela kecurkan air liur
melihat air soya, tebu, laichi-kang,
kelapa laut, keladi serta ice-blended..
terus terbayang nescafe di rumah yang tidak berbaki.
bonda dan abang membeli juadah
aku turut sama
dan selesai ingin pulang ke rumah
ayahanda setia menanti
sedang peti TV menonton diri
menuju ke kereta
kedengaran seorang ibu muda
berkata kepada putera puterinya;
"banyak macam ni...ni nak melantak ke, mentekedarah?"
kerana hampir setiap jarinya
dan jari putera puterinya
pasti ada beg plastiklah juga.
"maroh bebeno nampok gayenye..."
p/s: ini bukan kisah baru. kisah beberapa minggu lalu.
sabtu
5September2009
No comments:
Post a Comment