Sunday, September 13, 2009

"fikirlah sayang, fikirlah seharusnya..."


I


meredah hujan di pagi hari.
ber'poncho' dan bermotor.

tidak boleh terlalu laju.
khuatir tergelincir dan
terhantuk muka
di lapangan jalanraya.

II
tiba mungkin terlalu awal kerana bilik guru masih lagi bilik kebal. dengan cikgu teoh masih di luar berbual kecil bersama cikgu naljihan. menanti cikgu lutfiyah mmbawa kunci azimat. dan menanti gerimis yang kian sirna.

III
di sisi kiri, komputer riba
di sisi kanan, pembesar suara yang kecil di tangan kanan, pembesar imej yang suhunya sering panas. di tangan kiri, buku Wajib masuk ke kelas biarpun kadangkala ia kosong dan diisi kemudiannya. mengajar berselang seli dengan hiburan kerana pelajar mudah bosan mengajar grammar juga mendegar tuturan bahasa bukan tempatan.

SAL's_room
13 sept 2009
2.00pm

1 comment:

nadiahs said...

erk.
sgt lengakp cerita ini.
haha.
bgs2.
part I la plg best..
muahahahhaa...