Wednesday, September 16, 2009

satu minggu

seminggu ni ak rasa semacam.
masuk kelas, students mcm nak x nak je blaja.
biasa la. da masuk mood raya :-)
neva want to blame any of them
or blame the system
or the minsitry
coz when it comes to holiday
students will b like this.

so, ni la lesson ak last tuesday
1 bestari:
bwak masuk Bilik SAL, pasang LCD, tunjuk video Hand shadow, pastu tunjuk gmbr2 diorang ms launching SAL Room & Pesta KO.
2 amanah:
wat listening & writing atas blank paper coz sumer cakap, "Sir, x bawak buku..."

lesson ari rabu...
dlm RPM je la..
x menjadi kenyataan pn.
sbb ada mjls khatam al-quran
pastu ada mjls bersalam2 dgn students..
pastu meeting smpi kul 2..

hahaha...
b
est sunggoh..


Sunday, September 13, 2009

"fikirlah sayang, fikirlah seharusnya..."


I


meredah hujan di pagi hari.
ber'poncho' dan bermotor.

tidak boleh terlalu laju.
khuatir tergelincir dan
terhantuk muka
di lapangan jalanraya.

II
tiba mungkin terlalu awal kerana bilik guru masih lagi bilik kebal. dengan cikgu teoh masih di luar berbual kecil bersama cikgu naljihan. menanti cikgu lutfiyah mmbawa kunci azimat. dan menanti gerimis yang kian sirna.

III
di sisi kiri, komputer riba
di sisi kanan, pembesar suara yang kecil di tangan kanan, pembesar imej yang suhunya sering panas. di tangan kiri, buku Wajib masuk ke kelas biarpun kadangkala ia kosong dan diisi kemudiannya. mengajar berselang seli dengan hiburan kerana pelajar mudah bosan mengajar grammar juga mendegar tuturan bahasa bukan tempatan.

SAL's_room
13 sept 2009
2.00pm

Friday, September 11, 2009

jadi ke, tak jadi?

I

mula-mula memang la jadi.

semangat da berkobar-kobar
tp risau makin melebar.

tp adakah kerisauan itu berasas?

hahaha..

biarkan saja la.
mungkin aku terlebih semangat.
cam dulu.
cam thun 2003 tu.
cam dalm dewan TAR tu.

sorak x dapat
malu dihamlau dimaki caci hina
tu je yang ada.

hahaha...

pengikut bertepuk tangan
tuan-tuan menepuk dahi.

"ah, rosak dah budak ni..." getusan kecil di hati.

last2, "weh, x jadi la ye...buat lain kali pula..."


II

yg ni pn jadi.
di sim garden menjamah resipi.
dengan air 3 lapis berjaya diatasi
dan nasi ayam negeri terlebih utara
berjaya ditangani.
dengan ais tembikai
dan ayam bergulung.

hahaha...

tahniah.

bergembira dengan adik2 terchinta~

p/s: thnkx to nad & wa [marjon 2]

Wednesday, September 09, 2009

**PoM!Pow!hahahaha....woit!!Arghhh!!!**

bunyi2 yg biasa dgr bila bulan da nk beranak. kt tmn ak ni, sejak 1st day pose lg da dgr bunyi seaneka mercun dipermain2kan (kne main2 dgn mercun ke?). baling ats bumbung la. baling dpn rmh la. cam siyot je..hahaha...ak nk g sound pn cm mls je.

ada sekali tu, ak da berkobar2 nk sound bbdk yg men mercun. ak pn dgn smangat berkobar2 melangkah keluar rmh. ak jengah je kepala...

"bo la maen nyo...ore tgk doh tu..." kata si bapak budak

sekali bapak budak tu pn ada teman budak2 maen la...
hihi
kelaka dowh...ak pn patah balik masuk rmh.
wif hope, afta dis senyap la..

later that nite...


**PoM!Pow!hahahaha....woit!!Arghhh!!!**

tapi, misi mencari bedil masih diteruskan..
students ak ckp..

"sir, gi golok jah...bulih bare muroh..."

Sunday, September 06, 2009

Pintu cinta

aku tinggalkan dia
di sebalik pintu rumahku
agar cinta-lama-ku tak tahu
cinta-baru-ku ada di pintu.
bahagia dalam istana
bersama cinta-lama-ku
sejahtera aman sentosa
di taman indah dunia
adalah cinta-baru-ku

september 6, 2009
ahad

Saturday, September 05, 2009

"ni nak melantak ke, mentekedarah?"

"mak aih...kaso bebeno bunyinya.."

berjalan2 bersama bonda tercinta
dan abang yg bkerja seni dan reka di art-channel
pulang ke rumah meraikan
ramadhan; menemani kedua orang tua
yang maseh muda
(kerana cucu masih in-progress)

lantas petangnya pergi ke bandar raya Bunga kertas
melihat-lihat suasana ramai membeli juadah
serta terang-terangan makan bau
ayam golek, nasi kerabu, murtabak, kebab
samosa, mee kari, akok dan bahulu.
serta sukarela kecurkan air liur
melihat air soya, tebu, laichi-kang,
kelapa laut, keladi serta ice-blended..
terus terbayang nescafe di rumah yang tidak berbaki.

bonda dan abang membeli juadah
aku turut sama
dan selesai ingin pulang ke rumah
ayahanda setia menanti
sedang peti TV menonton diri

menuju ke kereta
kedengaran seorang ibu muda
berkata kepada putera puterinya;
"banyak macam ni...ni nak melantak ke, mentekedarah?"
kerana hampir setiap jarinya
dan jari putera puterinya
pasti ada beg plastiklah juga.

"maroh bebeno nampok gayenye..."


p/s: ini bukan kisah baru. kisah beberapa minggu lalu.
sabtu

5September2009