Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekian lama aku tidak memuntahkan idea sambil menari-narikan jariku di atas papan kekunci komputer. jika dahulu aku gemar mencurahkan idea dengan menarikan jariku di atas lapangan kertas, namun dek kerana majunya alam, maka aku memperlahankan upaya mindaku dengan terus menaip tanpa merancang. hasilnya, aku yang terkebelakang. kerana sambil berfikir, sambil aku menaip dan sambil aku memastikan jari-jemariku menekan butang yang sepatutnya. jika A, A lah. jika O, O lah..kelak aku melambatkan mindaku berfikir kerana terlalu banyak perkara minor aku tekankan berbanding perkara major.
Hari Raya sudah berlalu, Lebuh Raya pun dah baru...cuma pilihanraya sahajalah yang tengah hangat lagi dibicarakan. aku tidak berminat menyentuh isu mana-mana parti politik, kerana aku masih belum mendaftar sebagai Pemilih. maka sesudah berlabuhnya tirai pilihan raya umum ke 12 nanti aku tidak ada daya upaya,kuasa, tenaga untuk mengecam mana-mana parti politik. kerana apa? kerana aku tidak mengundi...jadi aku perlu dan harus terima seadanya walau siapa dan apa yang menang kelak.
Cuma di sini, aku tidaklah menyokong mana tindakan segelintir mahasiswa yang telah menubuhkan Parti Mahasiswa Negara. benar, aspirasi dan semangatnya bukan dibuat-buat, namun aku masih teringat pesanan seorang rakanku,
"Tidak semua yang kita rasa betul itu, betul. dan tak semua yang kita rasa salah itu salah..."jika mereka merasakan perjuangan mereka bukan sia-sia, silakanlah.
jika mereka merasakan wadah perjuangan mereka berkiblat yang benar, teruskanlah.
dan jika mereka merasakan berpolitik adalah
CARA TERBAIK, selamilah....
sekian, wassalam..
p/s: aku masih belum layak mengundi kerana aku belum mendaftar walaupun sudah 21tahun..