Wednesday, May 04, 2011

ada penjara di jendela

I

venue: kedai photostat

saat-saat berdiri di kaunter, ingin membayar harga bahan yang difotostat. Seorang ibu yang anaknya baru peroleh keputusan untuk masuk ke Kolej Matrikulasi menyapa;

ibu : baru nak jadi cikgu ke?
aku: eh, tak la...baru nak interview di Kluang.
ibu : eh, da jadi polis pun nak jadi cikgu?
aku: (prihatin juga ibu ini, kerana nampak uniformku walaupun di'cover' oleh jaket hitam.) eh, tak la Puan. saya guru. nak pergi interview sahkan jawatan.
ibu: oh, bagus la. anak saya di Serting pakai uniform hari Khamis.
aku: ye ke..di sini hari Rabu (seraya tersenyum)

II

musim akhir ini,
mereka pergi sana sini.
mereka main itu ini,
mereka curah semai bakti;
mereka sedari
di musim akhir ini,
tahun berbakti tahun berbudi
biar dikenang
bila mereka kembali.

biar diam ubi berisi
jangan layu longlai
menyembah bumi
saat suara menggegar
langit nan tinggi.

one
duaribusebelas