Thursday, January 06, 2011

[400th] dengarlah adik-adikku

dengarlah adik-adikku
bukan mudah berjauhan dari ayah ibu
namun sedarlah akan kamu
lebih perit lagi ditanggung ayah ibumu
berjauhan dari kamu, kamu dan kamu
yang selama ini berdiri sihat segar
di depan mata mereka.
dengarlah adik-adikku
cita-citamu mungkin beribu
namun sedar dan sedarkah kamu
apakah cita-cita ayahmu?
apakah cita-cita ibumu?

wahai adik-adikku
bukan ringgit yang beribu
bukan pakaian mahal dan baru
yang sering dirisaukan oleh ayah ibumu
saat berjauhan dari mata mereka
kerana kerisauan mereka yang kepalang
adalah kamu.

percayalah adik-adikku
air mata ibu ayahmu adalah ukuran
cinta dan cita-cita mereka.


ah zwan hn.
january 6, 2011
segamat


~!@#$%%$#@!~
akuseoranggurubiasa
one@rtz|2010.hakcipta gua ni.
~!@#$%%$#@!~

5 comments:

nadiahs said...

adik-adik baru.
:)
harap-harap mereka mampu jadi generasi yang membina ummah.

the Haz-one said...

ah, ayat nad itu sudah seperti ustazah.

nadiahs said...

eh mana ada abg wan!
i am still me laaaaaaa!
:p hahahha

the Haz-one said...

bagus la.
setiap insan memerlukan anjakan paradigma. bukan sentiasa di takuk lama.

nadiahs said...

:)
hopefully, sy akan bertambah baik la kannn~ hahaha
doa kan ye.
;)