Wednesday, December 07, 2011

meaningful yet restless 4 days :)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 p/s: I hope the pictures can tell the whole stories...

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Sunday, October 16, 2011

photo_lock @ Big Bad Wolf

[ I ]
The followings are the pictures taken during the Big Bad Wolf Book Fair 2011 which was held at the Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor. Well well well...this is the Biggest yet the cheapest book fair Ive ever attended! The price memang gila2 murah (can u imagine they sell the books as low as RM3?) If u have less than RM50, still u can buy at least 6 books~ hahaha..I bought for myself a few novels and a cooking book for my sista! lalala...
"Sebaik-baik teman adalah buku. Kerapkali kita disogok dengan pelbagai persepsi negatif, pandangan serong masyarakat mengenai pelbagai isu. Hakikatnya kita tidak memperoleh maklumat melalui saluran yang tepat. Menggunakan hikayat 'hearsay' maka jadilah kita sebuah masyarakat yang ketinggalan. Yang mengabaikan ilmu pengetahuan, dan mengagungkan kepalsuan..."


 mencari. di celahan matanya ada jalur-jalur cinta. kepada buku dan ilmu

 adik sudah penat. abang terlupa kerana mendapat bukunya yang dia minat.

[ I I ]
test power camera...
1) Yang ni diambil masa dalam bas..bila bas bergegar, xdpt la jadikan lampu sebagai satu jaluran saja..jadi mcm pembaca skala ritcher je..hihihi....
2) di luar bas. aku statik berdiri. dan bermain-main lampu kala senja melabuh tirainya. sekali-sekala test power camera and test skill. bukan apa..kalau da pakai slr tp x test function, setting yang ada, baik pakai kamera digital biasa je..bukan merendah2kan kamera lain. kerana aku bermula dengan kamera semi automatik filem. kemudian beli yang automatik filem dan beralih arah kepada olympus fe46 sebelum menggantikannya dengan 1100d canon eos...

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Weekends' Pleasure :)

The English Language

Have you ever wondered why foreigners have trouble with the English Language?

Let's face it
English is a stupid language.
There is no egg in the eggplant
No ham in the hamburger
And neither pine nor apple in the pineapple.
English muffins were not invented in England
French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted
But if we examine its paradoxes we find that
Quicksand takes you down slowly
Boxing rings are square
And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig. 

If writers write, how come fingers don't fing.
If the plural of tooth is teeth
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth
If the teacher taught,
Why didn't the preacher praught.

If a vegetarian eats vegetables
What the heck does a humanitarian eat!?
Why do people recite at a play
Yet play at a recital?
Park on driveways and
Drive on parkways

You have to marvel at the unique lunacy
Of a language where a house can burn up as
It burns down
And in which you fill in a form 
By filling it out
And a bell is only heard once it goes!


English was invented by people, not computers
And it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all)


That is why
When the stars are out they are visible
But when the lights are out they are invisible
And why it is that when I wind up my watch
It starts
But when I wind up this observation,
It ends. 



source: http://www.ahajokes.com/eng002.html, retrieved on October 16, 2011 at 8.15 am


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Tuesday, October 11, 2011

The final day to invigilate the Khairiah's

*Lagu viva la vida* samsung corby 2 yang telah aku tetapkan penggera masa berbunyi. Bingkas aku bangun, menyelesaikan mandi di pagi dingin secepat mungkin dan bersiap siaga untuk hari terakhir menjadi Pengawas PMR. Nah, aku terlupa untuk menyeterika baju kemejaku. Lantas aku segera mengambil baju dari dalam almari, menuju ke papan seterika dan melakukan kerja-kerja menggosok kemeja putih berjalur biru hijau itu sepantas kilat. 
"Sudah 6.15..." getus hati kecilku. Kasut hitamku sarungkan, selepas stokin kelabu kupastikan disarung kemas di kaki. Persis seorang biduan dari desa, aku menyorot langkah menuju ke kereta. Tanpa membuang masa, aku memandu keretaku, meluncur laju membelah kabus tebal subuh hari. 6.45 pagi aku tiba di Bilik Kebal SMK Tinggi, Segamat. Mujurlah aku tidak terlalu lewat.
Selesai mengambil soalan, aku menumpang ketua pengawas untuk ke gerai Jom Singgah. "Mengalas perut saja. Kelak kita dijamu lagi. Sekolah ini ada pekerti. Dijamu kita saban hari..." Aku mengiyakan sahaja. Maklumlah, perut nan lapar apa lagi mahu dibual bicarakan. Langsungkan sahaja sesi mengalas perut ini. Kita ada misi. 2 jam 30 minit yang terakhir bagi Pusat Peperiksaan ini. Anak-anak SMAKS pastinya tidak lena tidurnya, memikirkan cara memekik tanda gembira, bersorak tanda merdeka. Anak-anak SMAKS pastinya tidak akan lupa, ini hari terakhir mereka untuk diuji segala macam benda. Sejak dari hari selasa lalu, hingga selasa minggu ini mereka berjuang di medan peperiksaan; bersenjatakan bukan kapak dan parang, namun ilmu pengetahuan.
Dari kejauhan sudah kelihatan langit mendung dan mentari hilang entah di mana. "Mungkin pagi lagi..." kata Cikgu Zakaria, "Tapi di seberang sana, sudah hujan nampaknya..." balasku. Serentak dengan penghabisan kata-kataku, titis-titis air mata awan membasahi tanah merah di luar kawasan kedai makan kami. Kasutku hitam akan bercapuk tanah merah nampaknya. Berlari menuju ke kereta dan kami bersiap siaga, meneruskan misi keramat, 2 jam 30 minit ini...
Kami tiba di SMAKS disambut dengan senyum anak-anak pelajar yang keletahnya seperti kera mendapat bunga. Gembira mungkin. Dan disapa bayu lembut dalam damai hujan pagi yang mendinginkan. Aku menggalas beg hijau berisi bundalan kertas soalan. Melewati pondok tempat anak-anak gadis menelaah buat saat-saat akhir. Biarlah mereka. Ini masa mereka. Masaku yang aku kesali sudah lama berlalu. Dengan 7A 
1B dan 'hutang' dengan Ustaz Wan Harun tertunai sudah. Hukuman dijalankan dengan mudah, jika terserempak dengannya dan dipanggil, maka akan dihukum. Tak kiralah di mana sahaja aku berada. Pernah sekali aku di'hukum' saat aku melewati foyer sekolah. Dengan senyum 'angkernya' dan gerakan tangannya, dipanggilnya aku."Hey, thor..mari sini..awak hutang dengan saya..." itulah Ustaz Wan Harun, yang hukumannya unik-unik namun terkesan di hati. Tugasnya meladeni kami, anak-anak muda yang sering alpa dan lupa diri. 
"Anda boleh mula menjawab sekarang." Begitulah awal mula bicara mula yang mencetus enjin minda pejuang kecil PMR ini. Satu-persatu soalan dijawab dan dalam masa satu jam, seorang demi seorang tewas di muka meja. Tersengguk-sengguk. Terlentok-lentok dan akhirnya terembam di meja. Saat denting mencecah setengah jam selepas peperangan 2 jam 30 minit ini bermula, aku memulakan tugasan. Menandatangani kehadiran. Satu demi satu ku tanda nama mereka. Yang hadir ditanda, yang tidak hadir ditinggalkan huruf 'T' dengan warna merah. Sehingga cukup lapan puluh lima dan aku simpan kehadiran, biarkan Ketua Pengawas membuat analisa kehadiran.
1 jam berlalu.
Aku melakukan rondaan. Mataku semakin berat. Inilah natijahnya tidur lewat.
1 jam tiga puluh minit berlalu.
Aku nyaris-nyaris dibuai bayu pagi yang bisu namun halus dingin sentuhannya.
2 jam berlalu.
Aku bingkas bangkit dan mengeliat sedikit. Melepaskan tekanan pada urat dan saraf serta otot malas yang sedang merengkot dimamah penyakit Malas. Sudah ada yang senyum-senyum. Pandang kiri dan kanan; tanda tidak keruan. Pastinya ada yang sudah berkira-kira sama ada untuk bercuti ke sini sana. Dengarnya ada pengumuman untuk mereka.

"Masa menjawab telah tamat. Sila letakkan pensel dan pen anda. Sila berhenti menulis."

Nafasku dihela panjang. Pastinya mereka lebih lega. Lega kerana perjuangan ini akhirnya tamat. Pastinya mereka enggan duduk sekali lagi bagi tempoh yang sama, masa yang sama dan dalam tahun berbeza. Mereka ingin keluar dari kepompong PMR ini dan bebas terbang laksana rama-rama, mengibas-ngibas kepak cantik mereka, membuat semua terpana.

"Anda akan bercuti hingga 30 Oktober 2011..." pastinya pengumuman itu menjadi rojak petis bagi kegembiraan mereka. Perisa tambahan. Lega diperoleh dan cuti panjang akan dimanfaatkan semaksima mungkin. Tahniah. Jangan lupa kembali ke sekolah, getus hati kecilku.

Selesai tugasan, jamuan dihidangkan. Hari ini nasi minyak dan ayam masak merah. Kecur air liur, luluh semangat untuk 'diet'. Buat apa dibazirkan. Rezeki sudah ada di hadapan. Menjamah makanan sambil bercerita dengan Pengetua Ramah. Bukan namanya ramah, namun sikapnya. Tangan dihulurkan tanda kemaafan. Kami berlalu pulang, sebagai tetamu Tuan-tuan. Izinkan kami singgah lagi, jika berkesempatan.

Selesai menjamah hidangan, kami bergegas ke Bilik Kebal. Pulangkan apa yang patut dipulangkan. Segala peralatan peperiksaan, dari pen marker papan putih hingga ke pita perekat. Semuanya hak Bilik Kebal. Setelah dipulangkan segala macam peralatan; berat kakiku melangkah. Menuju ke lubuk asalku berkhimdmat. Bukan untuk berkhianat.
Akhirnya, bercanda di Smart Food. Dengan rakan sekerja yang hampir seminggu genap tidak bersua muka, bergelak ketawa.

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

hanya gambar

senja. 
saat terakhir mentari menjengah kita. 
kerana malam hanya balam-balam bayangnya. 
dipantul sang rembulan indah sentiasa.

senja.
jingganya menggores pipi
menyeka air mata bercucuran lajunya
dan jingganya menutup kesedihan 
dan wajah redup seorang tua.

senja.
labuhlah tiraimu labuhlah
senja
tinggalkan kami tinggallah
senja
jemputlah kami menyaksikan pelayaranmu
meniti hari-hari.


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

sad-turday, sunday and mourn day~

mendengar pengumuman demi pengumuman.
disaksikan dewan dan wakil-wakil setia
yang keluar suara bukan enggan
tapi khusyuk mendengar dan sekadar dibalas
dengan tepukan.

mendengar pengumuman-pengumuman
dan itu ini dinaikkan
begitu begini dikecualikan
segalanya bukti
kita bukan menuju kelingkupan.
dan di petang ahad kebosanan membanjiri hati
lantas aku melangkah lemah ke bandar segamat
menanti datang sekalian rahmat...

 kembali ke gubah. mengawasi anak-anak marhaen. doakan mereka berjaya. bukan main-main...
renyuk
renyuk
renyuk
dan buanglah saat melangkah
keluar dari medan lapangan
|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Saturday, October 08, 2011

Thursday; Thirst day...

 it's a glorious morning yet peaceful at sm agama al-khairiah... 
3rd day. Science Paper 1 & 2 were answered by students. 
Even though they have less facilities, no proper science labs, no apparatus to conduct experiment, I can see them shining while answering the questions...
S: "cikgu..nak jawab ni dalam bahasa melayu ke, bahasa inggeris?"
J: "Jawab dalam dua-dua bahasa pun boleh. Jangan tak jawab, sudah..."
As usual, during the break, the school provided us with refreshments. from the very 1st day we're served with food. good food to be exact. in our 3rd day at SMAKS, we're served with white rice and Tom Yam (as early as 10.40 am)...hahah. terbaek wookk!
Ketua Pengawas. writing something on the answer sheet. not because he's taking the exam. but, he is required to write something to inform that the student is MIA.


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Thursday, October 06, 2011

2nd year; 2nd day

Tahun kedua. menjaga dan mengawasi peperiksaan PMR. Jika tahun lepas, di STS..tahun ni di SM Agama Al-Khairiah, Segamat (Sekolah Arab). hehehe..


 Dewan Peperiksaan SMAKS :)
 
    insignia...
Kunci Bilik (paling) Kebal di Segamat
Ini bukan kisah perang...


jawab jangan tak jawab, dik...

rehat: disaji soto~ terima kasih, smaks

suis yang merenjatku barang beberapa saat. syukur masih bernafas lagi. 
sedikit peringatan daripadaNya...


|thorempire|where arts meet language|since 2005|