Tuesday, January 26, 2010

"kedai sup kilang"

h u j a n .
lebat tersangat lebat.
dan aku terperangkap di jabatan bahasa.
mr.muhaimi mengajak makan tengah hari.
"how can I say No to a free lunch?"
jadi jawapan "Ya" sahaja cukup untuk menghalalkan aku menaiki Persona bersama KJ Mr.Adnan dan Mr.Nasir Depp.

h u j a n .
dengan nasi dan sup daging.
Kilang-kilang jiran kami.
sup berjaya memberi sedikit haba buat diri yang sejuk dan minda yang kecut.

hujan.
dan Mr. Adnan pun berbicara.

satu...

dua...

tiga...

"Beritahu rakan-rakan, jangan asyik boros belanja sakan. Elaun Praktikum tidak akan dapat; ada kemungkinan..."

"Beritahu handai taulan, jangan asyik boros belanja sakan. Posting ke mana sekalipun sama ada lambat atau di penghujungan; juga ada kemungkinan..."

"Beritahu sahabat seperjuangan, jangan asyik gembira sakan. AE bukan mainan. Tersalah kiraan, menyesal di hari kemudian..."

dan itulah pesanan.

tiga...

dua...

satu...

dan kami meredah kebasahan.
pulang ke jabatan,
dalam kesejukan.

-oNe-
2010

Wednesday, January 20, 2010

lari

lari lari kita lari...

"abang wan....hurmmmm...aurat..."

diam.

"terima kasih, adik"

lari lari kita lari....

Saturday, January 16, 2010

kembara machang 2010


owh, xde kena mengena dgn buah machang, mempelam, pauh, delima batu, kundur, labu air, setor, lanas, nenas, durian, etc.

it's juz about 6 pengembara yang menjelajah ke Machang pada hari sabtu, 16 Januari 2010.

5 je asal2nya. 1 lg tu mmg da ad kat machang.

al kisah ini melibatkan pokwe, suluq, hikam, kimi, enchik dewa, qlah dan patik. adapun kiranya kami pergilah ke rumah pokwe di Machang. Semata-mata untuk menuntut ilmu kebatinan keli dan bertapa sambil menelaah kaedah terbaik menangkap ikan keli dengan tangan, menyiangnya, membakar ikan tersebut dan bermain-main sauna ^__^;

seekor kapten keli yang kepalanya lagi besar daripada genggaman tangan ktorang2 yang datang telah berjaya ditangkap.natijahnya semua keli2 lain tewas di tangan kami semua..

Mahaguru kami yang mesra dgn panggilan Che Din telah berjaya menurunkan ilmu pertapaan keli kepada kami dan akhirnya semua keli-keli tersbut telah selamat diratah dengan sangat bestnya.

sekian sahaja laporan makan2 d machang utk kali ini.
wakakakakaka...:-D

Friday, January 15, 2010

maafkan aku

maafkan aku pejuang
ia berevolusi.

maafkan aku penentang
ia berasimilasi.

faham?
tidak perlu aku ulangi.
ia hanya di hujung jari.
tekan,
tekan,
tekan,
keluarlah maklumat sana sini.

percayalah pejuang,
ia berasimilasi.

percayalah penentang,
ia berevolusi.

january 15, 2010.
jumaat.
9.45 pm
.

Monday, January 11, 2010

"oh bulan...."

Aku buat kerja gila,
menghadap kertas kerja yang tidak bermakna.
sehingga esok aku persembahkan ia
di hadapan dua bendahara.
dipersetujui, diakui segala-galanya
dan aku perlu ubah sedikit sini sana.

Aku buat kerja gila,
menghadap kertas kerja sampai pagi buta
macam orang dah tak ada kerja
esok pergi menghadap bendahara yang dua,
aku terduduk mengurut dada,
berdenyut-denyut kepala.
mujur, mujurlah sangat bendahara pertama
memberi titah agar jangan biar tekanan berkuasa
sabar dan tabah asas utama
kelak kita 'kan lambat tua.

Aku buat kerja gila.
Kau buat kerja entah apa-apa.

Wednesday, January 06, 2010

masih tak berubah...

venue : kafeteria, ipgm kkb
masa : kurang lebih 11 pagi

B, C, D dan beberapa huruf lain bercampur jantina sedang makan di Kafeteria...

A : Ni pelajar course apa ye?
B : TESL, tuan...
A : Owh, TESL...patut la makan sama-sama pun
B, C dan D : (ketawa kecil)
A : tak pe la. makan la ye. Cikgu kena makan banyak-banyak. Kesian kalau cikgu TESL kurus je..

Perli-lah.
Kami hanya makan bersama-sama.
bukan membelangkas diri, menyuap kanan kiri, bercumbu pipi dan dahi.

Perli-lah.
Dalam kami yang sering disyaitankan ini
seringkali kamilah malaikat bidan terjun memperhamba diri.

kamu, kamu dan kamu.
Perli-lah.
semoga kamu sedar.
kami bukan kucing galak
jauh sekali anjing lorong
tidak sipi pun babi hutan.

"We are Muslim even though we can speak English. We don't simply talk to you in English. We are Malays. We are Muslims. Tho' we are not thaaaaaaaat gooooooooooood, we know how to differentiate friends with foes, and alienated others..."

Terima kasih.
buang saja songkok jika buruk sangka menebal di dada.

[annoyed]

Tuesday, January 05, 2010

cerita semasa (agak) kecil

saya suka seorang budak
nama dia biarlah dirahsia,
dia suka makan aiskrim
tidak kira masa,
kalau makan pagi-pagi
sampai malam masih
comot di pipi.

budak itu jiwa muda
kerja suka-suka
bila saya marah dia
dia tarik muka
nasib baik muka comot dia
buat saya terlupa
saya marah dia.

kini, ke kanan pergi dia,
saya entah ke mana pula,
saya diam diam saja,
dia pun sama.

saya doakan dia bahagia
selama-lamanya
semoga dia ingat saya
dan tak lupa sampai bila-bila
kerana; saya suka dia.

[keanak-anakan dan sedikit kelam]
5 januari 2010 | Selasa

no. 134: perjalanan

perjalanan panjang ini menuju akhiran
seakan memahami hati dicalar kemurungan
dan jiwa berbalut kesedihan
dan minda dibasahi kebosanan.

Perjalanan panjang ini akan berkesudahan
setelah sekian lama dinantikan.

Friday, January 01, 2010

cuti kerja

breakfast: Bismillah Eating Shop est.1900
"di celah-celah kemewahan, masih ada menanggung sisa warisan..."
"Kelajuannya tidak pernah bertambah,
cuma ajaibnya kita sering ditinggalkan dan ketinggalannya..."

kedai Mencuci Pakaian Mee Loon [tak bermakna hanya pakaian Mee Loon sahaja dicuci]
Robert Sandilands Frowd Walker
[British Resident of Perak]
The Anchor Base


"Inilah Lela (Meriam) Pandak Ibrahim...
beratnya tiga pikul, dua puluh kati..."
destinasi terakhir percutian...
The Perak Museum...

"Dikisahkan secara lisan; kadangkala mengantuk di tengah jalan.
Dikisahkan dengan gurauan; kelak kan karam di tengah lautan.
Dikisahkan dengan bukti di tangan; kelak kan sedar erti arah serta tujuan
buat pedoman dan bekalan di hari kemudian..."

the oNe|2010