Sunday, February 08, 2009

paluan gendang harapan palsu

dipalu dicanang ke segenap pelusuk jiwa sanubari tanah air dan dunia
akan kehebatan, kebebasan, keselamatan dan segala macam janji masam.
yang dunia dan negara aku ini akan bahagia di seberang sini juga sana
namun hanyalah rentak merdu, alunan syahdu, liriknya menipu.
lagu ini seolah ada rima khilafan akibat kesilapan sang mata duitan
menyerupai ilmuwan ulung pemimpin teragung berjiwa sotong.

di sini dan sana sama sahaja akan pendebatnya
berhujah bijak menangkis serangan huluan juga buritan
menjengah keazaman di sebalik sehalus perancangan
akhirnya tumbanglah kota kemenangan
diganti kota yang sama sebelum perubahan.

hulu awat larat dijulang memendaknya
memendak perkasa loknya dua puluh sembilan
dalam sampir kuhijab kerisnya
elakkan ianya memakan empunya tuan.

sekian.
febuari delapan
dua ribu sembilan

2 comments:

ijam said...

apekehainya yob?
cuba ceghita sket...
marah bebenor kamu!!
ajeng gitu!!

p/s:sila baca dgn loghat perak dgn betul.

h+A>z(w)=@xN said...

aku marah sbb yg aku sangka Presiden, akhirnya tunduk kepada Polis Dunia..
aku marah sbb di negara aku pula (dan Negeriku..) mcm2 kecoh pula...