Friday, February 27, 2009

kesian adek-adek kita

abang-abang,
kasihan adik-adik kita
di bandar Kuala.
kecewa, meratap hiba.
tewas pilihanraya.

abang-abang,
adik-adik kita
muda-muda belasan pula
belasahan pun juga
terhambur air mata
ke pipi kitalah jua.

abang-abang,
mungkin kita terlupa
di depan Hargreaves
yang hijau rumputnya
tiada pernah kemarau.
namun kini,
perang tiadalah hijau
kerana tiada endah
mahupun hirau.

kasihan adik-adik kita di Kuala.

Wednesday, February 25, 2009

CAIREX 2009


Salam and Selamat Sejahtera

UiTM 6th Career and Industrial Relation Expo (CAIREX) 2009

Dates : 24 - 27th February 2009

Time : 8.30 am - 5.00 pm

Venue : Dewan Annex, Dewan Sri Budiman, UiTM

Activities : 1. Career Exhibition 2. Career Talk 3. Job Interview

(50 potential employers will participate in CAIREX)

For all graduating students i.e final semester students (Part 8 - 12 , PKPG and Part 6 Link) attendance is compulsory on Wednesday (25th) as this is one of the requirements for graduation.

Thank you

Tuesday, February 24, 2009

bodoh nyata

aku adalah biasa-biasa.
kamu adalah ada-ada
yang berpura-pura
di depan sang jelita.

sedang aku adalah "Aku"
kamu adalah "Saya".

sedang aku adalah "Kau"
kamu adalah "Awak"

sedang aku adalah "teringat"
kamu adalah "Rindu"

sedang aku mampu menghina
kamu memuja sentiasa.

biar.
kerana aku adalah biasa-biasa.
awas! aku bukan hina.

terima kasih
februari 24, 2009
7.58pm

Friday, February 13, 2009

cherita

"apa cherita, pertemuan 3 jam itu?"

memberi lagu untuk dihayati

maksudnya harus dicari

atau apakah ada yang tersirat di hati

dan aku perlukah fahami?


~terima kasih

Sunday, February 08, 2009

paluan gendang harapan palsu

dipalu dicanang ke segenap pelusuk jiwa sanubari tanah air dan dunia
akan kehebatan, kebebasan, keselamatan dan segala macam janji masam.
yang dunia dan negara aku ini akan bahagia di seberang sini juga sana
namun hanyalah rentak merdu, alunan syahdu, liriknya menipu.
lagu ini seolah ada rima khilafan akibat kesilapan sang mata duitan
menyerupai ilmuwan ulung pemimpin teragung berjiwa sotong.

di sini dan sana sama sahaja akan pendebatnya
berhujah bijak menangkis serangan huluan juga buritan
menjengah keazaman di sebalik sehalus perancangan
akhirnya tumbanglah kota kemenangan
diganti kota yang sama sebelum perubahan.

hulu awat larat dijulang memendaknya
memendak perkasa loknya dua puluh sembilan
dalam sampir kuhijab kerisnya
elakkan ianya memakan empunya tuan.

sekian.
febuari delapan
dua ribu sembilan

Tuesday, February 03, 2009

jalan(g)an

di jalanan
melentik liuk
bak cacing kepanasan
embun tiada hirau
hujan tiada risau
asalkan ada bahan
ada habuan

di siber
juga kedapatan
mencari pendapatan
dengan menghakis
mengikis
pendapatan
sang kebodohan.
maya bahannya
malanglah badannya
memanglah bodohnya
turutkan serakahnya.

tuesday
february 3, 2009
shah alam