Sunday, January 11, 2009

|pojok wan mol| Boikot Terancang


Boikot? Sehelai demi sehelai risalah mengenai senarai produk yang perlu diboikot telah diedar kepada khalayak. Rata-rata menyaksikan bahawa senarai tersebut merangkumi keperluan kita sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan. Natijahnya masih belum kita ketahui selagi mana satu boikot besar-besaran tidak dilancarkan. Dalam keadaan kalut ini, timbul suara dari beberapa anak-anak tekak cerdik pandai menyarankan agar boikot diadakan secara terancang. Nah, bagaimanakah boikot terancang?Minda ini hanya dijentik dengan dua cara untuk boikot secara terancang.

Pada hemat saya, boikot terancang boleh dilaksanakan dengan dua cara; pertamanya, menukar penggunaan dan keduanya, memberi tekanan terhadap satu produk secara besar-besaran. Mengenai kaedah pertama, pengguna boleh menukar penggunaan barangan A kepada barangan B. Contohnya, jika ada yang teringin minum Coca Cola, bolehlah mengubah selera kepada jenama Cola lain yang terdapat di pasaran. Ataupun, jika teringin makan Mc Donalds, bolehlah mengubah selera dengan makan di KFC, A&W serta Burger King. Maklumlah, ada banyak lagi pilihan lain yang boleh kita gunakan jika benar-benar ingin melaksanakan boikot.

Mengenai cara yang kedua, contoh terbaik adalah Burger King. sila rujuk capaian ini --> http://www.inminds.co.uk/boycott-news-0173.html. Pada tahun 1999, Burger King terpaksa menutup premis mereka di Israel atas desakan masyarakat Islam antarabangsa. Nah, jika pernah berjaya dengan Burger King, mengapa tidak dilaksanakan kepada premis lain sebegini rupa? Kita mampu, InsyaAllah jika kita benar-benar merancang dan mengikut perancangan.

Burger King bows to Muslim pressure - cancels west bank franchise

CAIR Action Alert
Washington, DC
August 26, 1999

Alhamdulillah, In an apparent response to a worldwide Muslim and Arab boycott, Burger King Corporation today announced that it has cancelled the contract of a franchise in the occupied West Bank.

On August 5, a coalition of Muslim and Arab organizations* led by American Muslims for Jerusalem (AMJ), announced an international campaign to boycott Burger King restaurants. The coalition called for the boycott after Burger King ignored Muslim concerns over the opening of a restaurant in a settlement on Palestinian territory occupied by Israel. At a news conference today in the Washington, D.C., coalition representatives called for a lifting of the boycott.

In its statement, Burger King said in part:

"Burger King Corporation today announced that it has cancelled the right of Rikamor, Ltd., its independent franchisee in Israel, to operate a Burger King food court counter in Ma'ale Adumim in the West Bank. Burger King has asked its franchisee to remove the Burger King brand from the site immediately."

The fast-food giant said it made the decision because of breach of contract and "misrepresentation" by the Israeli franchisee. The statement claimed that the franchisee "falsely informed Burger King that the food court would be located in Israel."

CAIR, a member of the boycott coalition, issued a statement of its own in reaction to Burger King's decision. The statement by CAIR Board Chairman Omar Ahmad read as follows:

"We are pleased to see that Burger King decided to respect international law and the sensitivities of Muslims worldwide. This courageous step should set a precedent for all corporations considering a move into territories that have been occupied by force. We would also like to thank all those in the Muslim world who supported this successful campaign."


*COALITION MEMBERS: American Muslim Alliance, American Muslim Council, American Muslim Foundation, American Muslims for Jerusalem, American Task Force for Palestine, Arab American Institute, The Council on American-Islamic Relations, Muslim Public Affairs Council, National Association of Arab Americans, Palestinian American Congress and Partners for Peace.


(salah satu berita yang memaparkan keputusan membatalkan premis Burger King di Tebing Barat. Untuk maklumat lanjut, layari www.inminds.co.uk)


1 comment:

- khoms - said...

salam ya sahabat...
syabas, semogha kemajuan teknologi digunakan ke arah kebaikan, bukan ke arah yg melalaikan, ameenn...~


shukran bcoz in a way u have promoted my blog toO =)

sudilah terus support + beri kritikan mmbina yg jujur (^_^)