Sunday, November 30, 2008

UiTM news | TAHNIAH!!! AKPM MILIK KITA~




Top Accolade for UiTM: Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) 2008


UiTM celebrates 52 years of outstanding teaching, learning, innovation and continuous quality improvement efforts on being named the winner of the annual Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) 2008.

http://www.uitm.edu.my/uitmv14


4 langkah perkemas sektor awam

Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan empat langkah menambah baik sektor perkhidmatan awam, termasuk membenarkan mereka yang sebelum ini memilih mengikuti skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyertai skim pencen, mulai tahun depan.

Tiga langkah lain ialah memberi bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota sektor awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, membuat menambah baik skim pegawai hingga pembantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta pegawai kanan hingga konstabel polis.

Tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji turut diumumkan untuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana mempunyai persamaan fungsi dan tugas dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perdana Menteri berkata, semua langkah itu yang sudah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja Sektor Awam baru-baru ini, akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.

Mengenai penukaran skim KWSP kepada skim pencen, Abdullah berkata, keputusan dibuat itu akan memberikan manfaat kepada kira-kira 40,000 anggota sektor awam yang pada masa ini memilih menyertai skim KWSP.

"Tempoh pilihan bermula sebulan mulai 1 Januari hingga 31 Januari dan tarikh kuat kuasanya pula ialah mulai 1 Februari depan.
"Langkah ini membolehkan anggota sektor awam mendapat faedah perubatan dan kemudahan persaraan yang disediakan kerajaan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, tujuan penambahbaikan skim pegawai, penolong pegawai dan pembantu siasatan BPR dan PDRM bertujuan memperkasa kegiatan pencegahan rasuah dan jenayah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperhalusi jumlah perbelanjaan kos berikutan pengumuman yang dibuat itu.

Terdahulu, Abdullah turut menyampaikan 13 Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 iaitu empat anugerah bagi kategori pertama dan tujuh kategori kedua.
Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) membawa pulang wang tunai RM50,000, piala dan sijil, manakala Anugerah Kualiti KSN dimenangi KWSP, sekali gus menerima RM30,000, piala serta sijil

Anugerah Kualiti KPPA dimenangi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menerima RM25,000, piala dan sijil, manakala tiada pemenang diumumkan bagi Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Mampu.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta kerajaan Selangor memberi pertimbangan serius terhadap amaran Tenaga Nasional Bhd (TNB) bahawa separuh Semenanjung berdepan risiko terputus bekalan elektrik jika projek pengukuhan sistem rangkaian di Rawang, gagal disiapkan.

"Kerajaan negeri perlu fikirkan hal ini, takkan nak fikir hal politik saja. Ini penting kerana membabitkan pembangunan untuk rakyat. Nasihat saya kepada kerajaan Selangor, beri tanah diperlukan (TNB untuk melaksana projek itu)," katanya.
www.bharian.com.my

**tahniah diucapkan kepada UiTM kerana telah memperoleh AKPM yang telah menjadi idaman seluruh warga UiTM selama ini. Pastikan ia dapat dikekalkan untuk tahun-tahun berikutnya. insyaAllah~

1 comment: