agar jadi pengajaran anak bangsa masa depan
pejuang itu tidak pernah kenal tanahnya
dilaungkan semangat padahal tiada pengikutnya
hanya berjiwa nasionalis selepas makan nasi
hanya berjiwa patriotik selepas makan roti di parti.
benarkan kami calarkan jiwa dan hati si bangsat itu
ia hanya ada bangsa tetapi tiada jiwa
melangkah penuh rapat seolah soldadu zaman dahulu
erat memegang senapang sendiri di dalam seluar.
gagah memegang perisai diapit dua kaki
kita mungkin berbeza ayah dan ibu
kita mungkin berbeza yang disembah itu
namun kita hanya ada satu
tanah air yang sekian lama kita pertahankan
inilah negaraku,negaramu dan negara kita semua.
usah kita sia-siakannya
kelak tergadai menyesallah jua.
kesal sekelumit tiadalah guna.
-oNe-
-August 17,2007-
-m e r d e k a ! ! !-
No comments:
Post a Comment