Wednesday, May 17, 2006

Kutakrifkan keseksian

Langkah rapinya laju
Jinjang kakinya diraba angin lalu
Kain sempit dan pendek pilihannya
Buatkan tangan buaya
tak sipu-sipu menyapa
buatkan jantung buaya
tiada segan silu rancak berirama
di sebalik kain kecil
selimut tubuhnya
pastinya tersimpan rahsia
bukan satu tapi seribu.

Pandangan kualihkan ke utara dan selatan
Ke timur kemudian barat
Kucari dari rumpun yang sama
Kucari dari kabilah yang serupa.

Kucari yang punya kesopanan
mengalahkan keseksian
kucari yang suaranya sudah membuatku
kerinduan
kucari yang raut wajahnya bisa memberiku
ketenangan
kucari yang sederhana perlikunya tetap
menarik perhatian

Namun tiadalah mahu kutakrifkan keseksian
Kerana mataku kehitaman,
matamu mungkin kebiruan
(apakah mungkin aku keterlaluan?)

15 May 2006
Monday
myHome

No comments: