entah benar entah tidak,
tiada siapa ambil peduli.
asal yang tegak berdiri rasa benar,
benarlah ia, jika salah maka salahlah.
kadang kala dahinya dihala ke utara
dan kadang kala malunya tunjuk ke timur.
kadang kala telunjuknya mahu ke selatan
sedangkan kelingkingnya ingin ke barat.
tegak berdiri menghadap satu kiblat,
namun anggota tiada pernah sepakat.
april,08 2006
saturday
No comments:
Post a Comment