Tuesday, October 11, 2005

bad day... ;-(

harta abadi

aku punya harta sendiri
dari duit hasil titik peluh
yang bukan anak tani
dari duit hasil titik peluh
anak jati bangsa ini.

aku punya harta sendiri
dibeli bukan kerana riak
dibeli bukan untuk angkat diri
dibeli hanya kerana enggan merangkak
serta letih berjalan kaki.

aku punya harta sendiri
tapi harta ini telah dicuri
oleh bangsaku sendiri
tatkala purnama enggan muncul diri.


05102005
(hari motorsikal aku ilang...)

No comments: