Thursday, May 15, 2008

ini adalah Ra(ja)hsia

ini adalah rahsia
aku kau dan dia

tunduk bukan malu
beralah bukan kalah

menyanggah biar bertempat
menderhaka biar bersopan

ini adalah rahsia
aku kau dan dia
yang ber'bin' dan ber'binti'
si anu dan si polan

ini adalah rahsia
jangan lantang bersorak
kelak kampung tergadai
usah kuat berborak
esok-esok tutuplah kedai

ini adalah rahsia
aku haramkan pembocorannya

melayu

dahulu,
melayu berlayar
sambil belajar
tapi tidak kurang ajar

kini
melayu melayar
tidak belajar
lalu kurang ajar

esok
melayu akan kembali belayar
agar melayu terus belajar
dan belajar
agar selamanya tidak kurang ajar
agar selamanya orang lain kita ajar
supaya tidak jadi kurang ajar!

may15,2008

Sunday, May 11, 2008

GILA

aku bangun dia baring
aku terlentang dia mengiring
aku membaja dia menyiram
aku berlari dia berjalan
tetapi
aku gila dia gila

Friday, May 02, 2008

sedih+gembira

sedih aku tertawa
gembira aku menangis
biar biarlah
aku menjadi diriku kembali
dan kini
aku akan keluar
dari acuan dirimu

Saturday, April 26, 2008

otak serambut

otak serabut
minda kusut
rambut serabut
badan tak susut.

otak macam kasut
penuh dengan selut
sampai jadi kalut
tersemput semput.

p/s: tahniah kpd yg dpt jwb PTE dgn baek..
aku bukan di dalam golongan tersebut.

Tuesday, April 22, 2008

The past is deep

Like a pin dropped in a glass of water
Will be remembered if it is floating
Will be forgotten if it is sinking
(Can a pin sink in a glass of water?)

The past is deep, let’s forget the lesson
That we’ve learned through
As it has no more benefit, as
We can gain no more profit.
The past is deep
And deepen by diggers.

If the lesson worth even a penny
I will never sell it
If the lesson worthless
I will never buy it

This lesson has no price to bargain
This lesson requires effort and (a bit of) luck.

Tuesday
April 22, 2008
1/408

Tipu

Aku seorang penipu yang sukar menipu
Aku hanya mampu meniup angin penipuan
Ke segenap pelusuk badan dan jiwa sang tertipu
Ditipu penipu menyebabkan aku tertipu
Lalu aku menipu sang penipu agar mereka ditipu.

Aku seorang penipu
Menggariskan undang-undang penipuan
Agar nasib penipu tertipu terbela
Agar nasib ditipu penipu terjaga

Penipu seperti aku hanya pandai menipu
Namun jangan cuba menipu penipu seperti aku
Kerana aku seorang penipu yang sukar ditipu dan tertipu

Tipulah jika aku bukan seorang penipu yang mudah tertipu
Tipulah jika aku tiada upaya menipu sang penipu mudah tertipu

Tipulah segala penipu, kerana di atas sana
Dia tidak akan tertipu dengan sekalian penipu.

Selasa
22 April 2008
1/408

Tuesday, April 15, 2008

penjara katil

aku dipenjara tanpa ada pertuduhan dibacakan
aku dipenjara tanpa ada sebarang siasatan
aku dipenjara tanpa sebarang penganiayaan

aku benci penjara katil
kerana baunya bisa menggeletek anak tekakku
kerana makannya bisa memusnahkan seleraku
aku benci berada di penjara katil
jika aku terlantar sekalipun
aku tidak akan lama di sana
biarkan aku diam di teratak usangku
daripada terkurung di penjara katil.

aku benci penjara katil
rimasnya membuatkan aku terkapai-kapai
mencari udara bersih
sesaknya membuatkan aku kelemasan
dan senak
aku benci penjara katil
bikin waras aku hilang
bagai ditiup angin lalu
melayang bak bunga lalang

aku benci penjara katil
keluarkan aku!

April 15,2008
Shah Alam