rancak bertempik sorak
mengutuk serangan bertali arus
mengecam segala bentuk ragam ancaman
aneka tuntutan sudah dibuat
pelbagai bantahan disuarakan
namun, tuli belaka mereka.
di mana tombak untuk kita menyerang?
di mana pedang gunanya untuk menentang?
di mana perisai tatkala kita mahu bertahan?
di bumi saudara kita,
hujan yang biasa menyirami bumi
buat manusia menyukuri
sudah bertukar wajah
hanya hujan air mata darah
jadi pengganti.
di bumi saudara kita,
tiada lagi percikan bunga api,
yang tinggal hanyalah
mimpi buruk igauan ngeri
di siang hari.