*Puisi ini sempena anniversary 9903
25 Januari 2006
Kita tulis pada papan langit yang sama,
Kita lukis pada permaidani cinta serupa,
Dan kita mimpi cita yang tiada beza.
Berlalu sudah purnama yang lima,
Segala masih seakan sama,
Berkurang tiada bertambah cuma.
Kerana jika langitku tangiskan hujan,
Langitmu muntahkan salji.
Jika permaidaniku hijau khatulistiwa,
Permaidanimu jingga tropika.
Dan jika mimpiku Hang Tuah sang Laksamana,
Mimpimu Cheng Ho perentas antara benua.
Sudah kita rentasi purnama yang lima,
Senang susahnya di jiwa kita tersematnya.
sudah kita redahi purnama yang lima,
bertambah sehelai not merah cuma,
harga diri kita di mata dunia.
26 12 2005