lembaran baru kubuka
kerana semalam
aku baru sahaja berduka.
ya, kurasakan seperti
semalam
sedangkan
duka terlipat kemas
sekian lama.
hari ini
aku cuba
berbekal kudrat
sekelumit cuma
memadam bait-bait
memori indah bersama
sekalipun kusedar
ku tiada upaya.
hari ini
bukan masa dulu
yang mana
sukaku sukamu
dukaku dukamu
kini
suka duka kita
adalah berbeda.
hari ini
segala bagiku
sukar
hingga ombak kecil
kurasakan besar
pantai dihempas
seperti hatiku
terhempas.
hari ini
dan saban hari
aku bertanya
bilakah keajaiban
akan muncul?
aku ingin keluar
segera
dari segala
memori duka
28Nov 2005
-a friend asked me to 'create' a poem based on her feelings. so I just write it..perhaps she likes it. ^_^ hoho