Saturday, August 06, 2011

photo_lock | Seminar Intelektual siri 11

:: Seminar Intelektual siri 11
:: disampaikan oleh Prof. Dr. Muhd Kamil bin Hj Ibrahim
:: mantan Pengarah Kampus UiTM Segamat, Johor

:: 6 Ogos 2011 | UiTM Segamat

 
 
 
 
Membicarakan mengenai perubahan diri yang diklasifikasikan sebagai satu perjalanan (travel) oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, seminar ini berkisar kepada bagaimana kita selaku umat Islam dan orang Melayu menghadapi ujian yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sedar atau tidak, saban hari kita diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai cara dan kaedah, sama ada secara suka atau duka. Ya, ujian duka sering kita sedari, namun ujian suka yang membuatkan kita lupa diri. Alhamdulillah, 2 jam yang diperuntukkan itu amat bermakna. Ramadhan kali ini, bermakna walau mendengar seminar ini 2 jam cuma.

Terima Kasih, Prof. 
Semoga berjaya di Universiti Madinah. Menyebar ilmu, menguatkan ummah. 

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Canon EOS 1100D Review

I browse through a few sites, but I like this review about Canon 1100d very much :) 

Canon EOS 1100D Review

Friday, August 05, 2011

photo_lock | Bandar Renggam

Thursday, August 04, 2011

Photo_Lock | Train Traveller

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

photo_lock | Bun Kaya + Nescafe Latte~!


Semua berlumba-lumba berbuka dengan keluarga. dengan seronoknya. aku berbuka pada hari pertama tahun 2011 di Melaka Sentral. gah bukan? tetapi anti-klimaksnya ialah aku berbuka DI Melaka Sentral, namun, DI DALAM Bas Cepat Ekspress.

Syahdu je rasa.

|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Tuesday, August 02, 2011

corat coret Ramadhan

Apabila dikisahkan Ramadhan maka aku akan teringat zaman-zaman belajar dahulu. Saat konsep 'makan apa yang ada dan apa yang mampu' dipraktikkan. Terkenang kembali saat di UiTM Shah Alam. Saat kali pertama berpuasa di Negeri Selangor (sebelum itu, di Kelantan Darul Naim), dan berbekalkan semangat tinggi serta motor honda EX5, menerobos dingin subuh dengan harapan untuk bersahur bersama rakan sebilik. Ketika itu, tempat yang ada hanyalah Medan Selera berdekatan Seksyen 2 (tak silap la, seksyen 2), berhadapan dengan Akuarium mega Shah Alam. Rasanya jam 4.00 pagi. bersama Bendahari JPKC. hahaha...dan ini kisah hari pertama sahur, 2008. 

Nantikan esok, kisah hari pertama berbuka tahun 2011... lebih menyayatkan hati dan mengguris perasaan...


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Karasaparma | Bahtera masa

I

bahtera masa;

izinkan aku mengembara.

aku ingin pulang dan bertemu mereka.


II

Dan Van der Wijck berlayar,
dengan anak kapal yang empat puluh
serta nakhoda yang seorang cuma,
membelah lautan menuju selatan
tanpa sedar tiada bekalan.

Dan di sebelahku, Aishwarya beradu
menganyam mimpi dalam dengkur halusnya.


hazwan hn
1 Ogos 2011
Johor

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan & Kenangan

I

Welcome Back, Mr. Ramadhan.
Let's hope that this year's Ramadhan
will be the best Ramadhan ever.

Ya Allah,
grant me with goodness
grant me with Rezki
grant me with happiness
through out this Ramadhan.

Ya Allah,
If this is the final Ramadhan for me,
I will never meet Ramadhan again.

II

Puasa kembali.
menggamit rasa
menceritakan juadah
kota bharu
membawa citarasa
shah alam
yang sudah lama berlalu.

Puasa kembali.
dengan rasa Segamat
yang segar amat.

hazwan hn
31 Julai 2011