Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

hanya gambar

senja. 
saat terakhir mentari menjengah kita. 
kerana malam hanya balam-balam bayangnya. 
dipantul sang rembulan indah sentiasa.

senja.
jingganya menggores pipi
menyeka air mata bercucuran lajunya
dan jingganya menutup kesedihan 
dan wajah redup seorang tua.

senja.
labuhlah tiraimu labuhlah
senja
tinggalkan kami tinggallah
senja
jemputlah kami menyaksikan pelayaranmu
meniti hari-hari.


|thorempire|where arts meet language|since 2005|

Friday, August 05, 2011

photo_lock | Bandar Renggam

Tuesday, August 02, 2011

Karasaparma | Bahtera masa

I

bahtera masa;

izinkan aku mengembara.

aku ingin pulang dan bertemu mereka.


II

Dan Van der Wijck berlayar,
dengan anak kapal yang empat puluh
serta nakhoda yang seorang cuma,
membelah lautan menuju selatan
tanpa sedar tiada bekalan.

Dan di sebelahku, Aishwarya beradu
menganyam mimpi dalam dengkur halusnya.


hazwan hn
1 Ogos 2011
Johor

Thursday, July 28, 2011

karasaparma 39: Intelligensia

seorang pak ustad berkata
dengan rendah bahasanya
dan kurang budinya,

"choral speaking itu batu karang berkata-kata"

aku tersenyum tawa
dan dari dalam hati aku bicara

"Usah menghina inteligensia kami orang bahasa,
Usah merendah kepintaran kami orang sastera..."

kami bukan penterjemah suka-suka
kami bukan penterjemah buta-buta,

dan jika ada yang bertanya bagaimana translasinya?

aku hanya akan senyum sinis
menyeka air mata yang hampir runtuh di pipiku

"tanylah pada Tuan Munsyi Bahasa..
aku bukan penterjemah babi buta
aku bukan penterjemah suka suka."

Saturday, July 23, 2011

Gunung Arong

I

berkelana beramai-ramai
namun ku berjalan sendirian meniti denai
mencari kesekian sepi damai

menerobos belantara di hujungnya pantai
aku mencari hatiku yang berderai
mujur air mata tidak berjurai-jurai
dek laku anak-anak muda yang wajar diabai.

II

Terima Kasih Tuhan
Tunjuk aku jalan
masuk keluar hutan
redah bukit batu-batuan

Terima Kasih Tuhan
tidak aku sesat di perjalanan.


--Arong Mt.