|thorempire|where arts meet language|since 2005|
Showing posts with label Teachers. Show all posts
Showing posts with label Teachers. Show all posts
Sunday, March 03, 2013
SEGAK 2013
~labels~
2013,
Kami Guru Malaysia,
Segamat,
SMKA Segamat,
SMKAS,
Teachers
Wednesday, September 19, 2012
Merdeka 55 @ Segamat
Bringing students of F2, F4 and F5 to Segamat District Merdeka Day Celebration at Padang SJKC Li Chi, Segamat. Our 100+ students were required to march while holding red and yellow coloured flag. We were there starting from 7.30 am and the ceremony ended aroun 12 noon. Luckily, it was Friday. If the celebration falls on Saturday, we might be spending more time there.
The flag barriers (yellow team)
The Red team
The Kesatria UiTM Brass Band performing their show
Choir team - represented by the Segamat Nursing College trainees
Kiddies on Bikes! :)
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Undoubtedly, we are proud of who we are.
We are proud to be Malaysian. We will always make Malaysia proud of us.
|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
Berita,
cuti,
Hari Kebangsaan,
Independence Day,
jalan jalan,
Johor,
Kami Guru Malaysia,
Merdeka,
News,
photography,
Segamat,
SMKA Segamat,
SMKAS,
Teachers
Tuesday, October 11, 2011
The final day to invigilate the Khairiah's
*Lagu viva la vida* samsung corby 2 yang telah aku tetapkan penggera masa berbunyi. Bingkas aku bangun, menyelesaikan mandi di pagi dingin secepat mungkin dan bersiap siaga untuk hari terakhir menjadi Pengawas PMR. Nah, aku terlupa untuk menyeterika baju kemejaku. Lantas aku segera mengambil baju dari dalam almari, menuju ke papan seterika dan melakukan kerja-kerja menggosok kemeja putih berjalur biru hijau itu sepantas kilat.
"Sudah 6.15..." getus hati kecilku. Kasut hitamku sarungkan, selepas stokin kelabu kupastikan disarung kemas di kaki. Persis seorang biduan dari desa, aku menyorot langkah menuju ke kereta. Tanpa membuang masa, aku memandu keretaku, meluncur laju membelah kabus tebal subuh hari. 6.45 pagi aku tiba di Bilik Kebal SMK Tinggi, Segamat. Mujurlah aku tidak terlalu lewat.
Selesai mengambil soalan, aku menumpang ketua pengawas untuk ke gerai Jom Singgah. "Mengalas perut saja. Kelak kita dijamu lagi. Sekolah ini ada pekerti. Dijamu kita saban hari..." Aku mengiyakan sahaja. Maklumlah, perut nan lapar apa lagi mahu dibual bicarakan. Langsungkan sahaja sesi mengalas perut ini. Kita ada misi. 2 jam 30 minit yang terakhir bagi Pusat Peperiksaan ini. Anak-anak SMAKS pastinya tidak lena tidurnya, memikirkan cara memekik tanda gembira, bersorak tanda merdeka. Anak-anak SMAKS pastinya tidak akan lupa, ini hari terakhir mereka untuk diuji segala macam benda. Sejak dari hari selasa lalu, hingga selasa minggu ini mereka berjuang di medan peperiksaan; bersenjatakan bukan kapak dan parang, namun ilmu pengetahuan.
Dari kejauhan sudah kelihatan langit mendung dan mentari hilang entah di mana. "Mungkin pagi lagi..." kata Cikgu Zakaria, "Tapi di seberang sana, sudah hujan nampaknya..." balasku. Serentak dengan penghabisan kata-kataku, titis-titis air mata awan membasahi tanah merah di luar kawasan kedai makan kami. Kasutku hitam akan bercapuk tanah merah nampaknya. Berlari menuju ke kereta dan kami bersiap siaga, meneruskan misi keramat, 2 jam 30 minit ini...
Kami tiba di SMAKS disambut dengan senyum anak-anak pelajar yang keletahnya seperti kera mendapat bunga. Gembira mungkin. Dan disapa bayu lembut dalam damai hujan pagi yang mendinginkan. Aku menggalas beg hijau berisi bundalan kertas soalan. Melewati pondok tempat anak-anak gadis menelaah buat saat-saat akhir. Biarlah mereka. Ini masa mereka. Masaku yang aku kesali sudah lama berlalu. Dengan 7A
1B dan 'hutang' dengan Ustaz Wan Harun tertunai sudah. Hukuman dijalankan dengan mudah, jika terserempak dengannya dan dipanggil, maka akan dihukum. Tak kiralah di mana sahaja aku berada. Pernah sekali aku di'hukum' saat aku melewati foyer sekolah. Dengan senyum 'angkernya' dan gerakan tangannya, dipanggilnya aku."Hey, thor..mari sini..awak hutang dengan saya..." itulah Ustaz Wan Harun, yang hukumannya unik-unik namun terkesan di hati. Tugasnya meladeni kami, anak-anak muda yang sering alpa dan lupa diri.
"Anda boleh mula menjawab sekarang." Begitulah awal mula bicara mula yang mencetus enjin minda pejuang kecil PMR ini. Satu-persatu soalan dijawab dan dalam masa satu jam, seorang demi seorang tewas di muka meja. Tersengguk-sengguk. Terlentok-lentok dan akhirnya terembam di meja. Saat denting mencecah setengah jam selepas peperangan 2 jam 30 minit ini bermula, aku memulakan tugasan. Menandatangani kehadiran. Satu demi satu ku tanda nama mereka. Yang hadir ditanda, yang tidak hadir ditinggalkan huruf 'T' dengan warna merah. Sehingga cukup lapan puluh lima dan aku simpan kehadiran, biarkan Ketua Pengawas membuat analisa kehadiran.
1 jam berlalu.
Aku melakukan rondaan. Mataku semakin berat. Inilah natijahnya tidur lewat.
1 jam tiga puluh minit berlalu.
Aku nyaris-nyaris dibuai bayu pagi yang bisu namun halus dingin sentuhannya.
2 jam berlalu.
Aku bingkas bangkit dan mengeliat sedikit. Melepaskan tekanan pada urat dan saraf serta otot malas yang sedang merengkot dimamah penyakit Malas. Sudah ada yang senyum-senyum. Pandang kiri dan kanan; tanda tidak keruan. Pastinya ada yang sudah berkira-kira sama ada untuk bercuti ke sini sana. Dengarnya ada pengumuman untuk mereka.
"Masa menjawab telah tamat. Sila letakkan pensel dan pen anda. Sila berhenti menulis."
Nafasku dihela panjang. Pastinya mereka lebih lega. Lega kerana perjuangan ini akhirnya tamat. Pastinya mereka enggan duduk sekali lagi bagi tempoh yang sama, masa yang sama dan dalam tahun berbeza. Mereka ingin keluar dari kepompong PMR ini dan bebas terbang laksana rama-rama, mengibas-ngibas kepak cantik mereka, membuat semua terpana.
"Anda akan bercuti hingga 30 Oktober 2011..." pastinya pengumuman itu menjadi rojak petis bagi kegembiraan mereka. Perisa tambahan. Lega diperoleh dan cuti panjang akan dimanfaatkan semaksima mungkin. Tahniah. Jangan lupa kembali ke sekolah, getus hati kecilku.
Selesai tugasan, jamuan dihidangkan. Hari ini nasi minyak dan ayam masak merah. Kecur air liur, luluh semangat untuk 'diet'. Buat apa dibazirkan. Rezeki sudah ada di hadapan. Menjamah makanan sambil bercerita dengan Pengetua Ramah. Bukan namanya ramah, namun sikapnya. Tangan dihulurkan tanda kemaafan. Kami berlalu pulang, sebagai tetamu Tuan-tuan. Izinkan kami singgah lagi, jika berkesempatan.
Selesai menjamah hidangan, kami bergegas ke Bilik Kebal. Pulangkan apa yang patut dipulangkan. Segala peralatan peperiksaan, dari pen marker papan putih hingga ke pita perekat. Semuanya hak Bilik Kebal. Setelah dipulangkan segala macam peralatan; berat kakiku melangkah. Menuju ke lubuk asalku berkhimdmat. Bukan untuk berkhianat.
Akhirnya, bercanda di Smart Food. Dengan rakan sekerja yang hampir seminggu genap tidak bersua muka, bergelak ketawa.|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
arts,
bahasa,
borak kosong,
eat,
food,
jalan jalan,
Johor,
Kami Guru Malaysia,
KaRaSaPaRMa,
makan,
n E w S,
photography,
PMR,
Segamat,
Sekolah Agama Kg. Gubah,
SMAKS,
SMKAS,
Teachers
hanya gambar
senja.
saat terakhir mentari menjengah kita.
kerana malam hanya balam-balam bayangnya.
dipantul sang rembulan indah sentiasa.
senja.
jingganya menggores pipi
menyeka air mata bercucuran lajunya
dan jingganya menutup kesedihan
dan wajah redup seorang tua.
senja.
labuhlah tiraimu labuhlah
senja
tinggalkan kami tinggallah
senja
jemputlah kami menyaksikan pelayaranmu
meniti hari-hari.|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
arts,
borak kosong,
classic,
KaRaSaPaRMa,
photography,
poem,
puisi,
Segamat,
Teachers
Saturday, October 08, 2011
Thursday; Thirst day...
it's a glorious morning yet peaceful at sm agama al-khairiah...
3rd day. Science Paper 1 & 2 were answered by students.
Even though they have less facilities, no proper science labs, no apparatus to conduct experiment, I can see them shining while answering the questions...
S: "cikgu..nak jawab ni dalam bahasa melayu ke, bahasa inggeris?"
J: "Jawab dalam dua-dua bahasa pun boleh. Jangan tak jawab, sudah..."
As usual, during the break, the school provided us with refreshments. from the very 1st day we're served with food. good food to be exact. in our 3rd day at SMAKS, we're served with white rice and Tom Yam (as early as 10.40 am)...hahah. terbaek wookk!
Ketua Pengawas. writing something on the answer sheet. not because he's taking the exam. but, he is required to write something to inform that the student is MIA.
|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
borak kosong,
jalan jalan,
Johor,
photography,
PMR,
Segamat,
Sekolah Agama Kg. Gubah,
SMAKS,
Teachers
Sunday, September 18, 2011
A trip to Trengganu
a soul pilgrimage; to the town of sweetheart- Kuala Terengganu
di rumah pengantin; Syafiq & Idayu
with the Pengantin~
we've conquered the house! yeah!
"Without friends no one would choose to live, though he had all other goods."
at Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
Segamat - Kuala Terengganu : 16.09.2011 | 11.15 pm
arrived at Kuala Terengganu at 5.00 am. Lepak-lepak dengan Hikam until 6 am before wani took us. Later we went to Aimy's cousin wedding and around 1.30 pm, we headed to Suluq's house. Spending more than an hour there, we took photos, share stories, remembering the ol'days that we shared together at maktab...and that's it :) one by one crossing the river of simplicity to a world of marriage :) alhamdulillah....
17.09.2011 | 9.30 pm : Kuala Terengganu - Segamat
Arrived at Segamat around 4.00 am.. darn! lepak d Stesen Keretapi until 5.30 am....took a cab; heading to my humble abode...
|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
borak kosong,
classic,
jalan jalan,
Kawan-kawan,
Kenduri Kahwin,
makan,
photography,
Segamat,
Teachers,
wedding
Friday, September 16, 2011
"DP? Ape tu?"
hah. tetiba je plak facebookers menggunakan term DP di merata-rata tempat...hurmm...apa itu dp?
mari teka-teka apa itu d.p dan berapa banyak perkataan lagi dapat kita dapat dari abbreviation dp tu?
1. DP = dimple
- ni pendapat yang agak simplistik la jugak kan. ada ke patut dp tu sama dengan dimple? ouh...dimple tu lesung pipit. bukan lesung batu mahupun lesung kaki.bagaimanapun, jawapan ni SALAH!
2. DP = Data Processing.
- Data Processing ni ialah term yang digunakan dalam komputer. Apabila kita ringkaskan, proses, dsb...itu la yang dinamakan Data Processing...walaubagaimanapun, di FB, ini BUKAN maksudnya! haha..3. DP = Digital Photography.
- haaa...kalau pegi forum2 photographer, DP ni maknanya Digital Photographing...before adanya digital photographing, kita guna analog photographing....boleh la kot diterima...namun, KURANG MANTOP jawapan ni..miahahahahaha....
4. DP = displaced person
- merujuk dictionary.com, displaced person bermaksud seseorang yang dibuang/terbuang dari tanah airnya disebabkan oleh perang, penjajahan, dsb..adakah ini ada kena mengena dengan facebookers? tak kot...jadi, abbreviation ini juga TIDAK KENA PADA TEMPATNYA :)5. DP = DISPLAY PICTURE
hah. ni la jawapannya kepada sesapa yang musykil apa ke maksud abbreviation DP tu. sebelum ni kita biasa guna PP = Profile Picture. actually, DP ni biasanya digunakan oleh chatters di MSN, YM, AOL, dsb...
itu saja lesson untuk hari ini.
kelas, bangun! terima kasih semua...
-berjalan keluar kelas dalam masa perlahan dan cepat-
~labels~
"n E w S",
2011,
bahasa,
borak kosong,
DP,
facebook,
KaRaSaPaRMa,
Segamat,
Teachers
Friday, August 19, 2011
exam_m0de ^^
penilaian kurikulum 2 : 2011 - mengarak pena mata merah dan plastik pink ke segenap penjuru sekolah. ya, aku berjuang di medan semekas ini. mekar kala aku terasa lapar dan bersungut kala anak muda merungut.
|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
arts,
bahasa,
borak kosong,
Kami Guru Malaysia,
Ramadhan,
Segamat,
SMKAS,
Teachers
Friday, August 12, 2011
b.u.j.a.n.g.s.t.A.r.s. | Berbuka di SAJ
bersama bujangstars segamat - the last remaining lights la. aku, rizal and epoi. melepak di gerai depan SAJ dan berbuka di sana. biasanya kedai makan bg tamar percuma. kedai ni hidangkan kuih koci, karipap dan kuih bom percuma. alhamdulillah. zaman belajar, lain makannya. lain hidangannya. lain tempatnya. lain lawan makannya. jika dahulu, masak nasi satu periuk, lauk dibeli kongsi2. atau dibeli di bazar ramadhan sedia menanti. tahun ini lain. sangat lain ^__^ terima kasih, segamat. memberi satu pengalaman baru.
mr. rizal. available. phone number? anyone? hahah
|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
bahasa,
borak kosong,
food,
jalan jalan,
kisah syahdu,
makan,
photography,
Ramadhan,
Segamat,
Teachers
Tuesday, August 09, 2011
Discussion | Teachers do the talking :)
“Kalau kita belajar Bahasa Arab pun cuma perlu ambil tempoh setahun dua saja untuk menguasainya... kenapa belajar Bahasa Inggeris selama 13 tahun tapi tak mampu kuasai?,” fakta atau auta? ahahahaha...
It's hard for me to make this blog a serious one. I rarely put my serious discussion in this blog. The last time I wrote about politics here and I have been bombarded by some friends and foes. Realizing that the responses might make me losing some friends, I stopped making any serious discussion in my blog. If I really wanna make a discussion, prompting ideas, sharing my thoughts, etc...I will straightaway write a letter to newspaper (usually the articles will come out in Berita Harian). As an English Teacher, I found that the current education ministry like to 'attack' us. The very recent statement by someone-up-there makes me trigger the light of discussion. I pasted the newspaper excerpt from the Berita Harian into my fb page and I got a lot of responses. the followings are the responses from my friends (all of them are Teachers--English teachers to be specific.)
This discussion is triggered by the article here:
Kurikulum Bahasa Inggeris dinilai semula
- A : tadi kelakar, ni aku sokong: "Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, semakan juga perlu dibuat mengenai penugasan guru opsyen Bahasa Inggeris yang kemungkinan mengajar subjek lain di sekolah masing-masing..."
- A: kerana itu cikgu juga perlu terus belajar :)
- W: when you teach communicative english, how do u expect a child to shine in an exam which isn't shaped according to what you have taught?
- A: I just can't understand what's the meaning of the word 'menguasai' the language? Maybe someone should also take a look at how the students 'menguasai' bahasa Malaysia after 13 years?
- W: likewise, some chinese students although scored A in BM are facing problems communicating in national secondary school.
- A: but, if they really want to change it, let it be. of course, it will take sometime for the effect to happen. whatever the new curriculum will be, we have to teach using it :-D
- A: I do agree with u, TD. it's not easy. to become a teacher (esp english teacher), 5 years is not enough. we need more than 5 years to master the language what more to teach the language to students.
- AM: haha..13 tahun..kalo latih pasukan bola sepak dari kecik ni, brazil pon bleh kalah ni....
- A: AM, kita tidak memandang tahun, tetapi apa yg dikuasai dengan tahap yang mereka ada. kalau 13 tahun, tp seorang yg buta huruf dapat membuat satu ayat bahasa inggeris dgn grammar yg betul, baca dgn pronunciation yg betul, itu pun kejayaan...
fu: but,we do change things easier..esp in education area.hari ini tak berjaya, esok tukar buku baru lah
- SN: cause we focus too much on assessing the language while not letting it bloom properly. pokok pun boleh mati mcm tu. the students are not familiar with the language. they treat english not as a language that can be used but as a mere subject to be answered in quizzes and exams. that's why they're afraid to speak and read and write in english
- A: the thing is as simple as this--it requires us to understand a poem in a solid 2 hours class (or more)..but to make heterogeneous students understand a poem might take more than one week :) they are able to koyak-tepek da notes. but, to read is another challenge that the teacher need to overcome with.
- SN: true enough... kalo setakat nk suh bc on surface level with correct pronunciation pun terkapai2, cmane. ko bg poem tu kt uni students pun blm tentu they can do better at itA: and then, they say we are teaching small L, not big L.. define it properly la small ke big...kalau small, watpe bg poem heir conditioning tu...
- A: which great S? haha
ZZ: ******** cakap melayu pun rojak lagi, dari kecik padahal belajar BM
- A: tu la dia, bro..13 tahun belaja bm pn masih ada student yg terkapai2 nak tulis karangan. sama2 la naikkan dua2 subjek..bukan tgk salah english je...
SN: kalo tgk budak2 skang... malay pun xreti nak eja... tu pun jadi ue.. the heck is goin on.. it's not wrong to be creative with language but what if such spelling becomes a habit??? rusaklah bahasa
- A: mungkin terlalu bercita-cita tinggi. berhasrat ubah itu ini.
- EZ: they r just not putting themselves into the students' and teachers' shoes...they simply implement new curriculum without looking at the pros n cons.maybe it is nothing for the good students and schools. but for my students? (who are in band 6 school)....*sigh....and i have to attend more courses...oh nooooooo.....
A: EZ: it's hard to put em in our shoes. too cheap the price tag of our 'shoes' hahaha...
MI: kalau nak tgk, sistem tu sendiri salah. cuma biasanya guru yang berasimilasi dengan sistem untuk memastikan kemandirian sesebuah subjek. beginilah syadie, contoh mudah...pengajaran Grammar di dalam kelas seringkali diminta guru agar tidak mengajar grammar secara isolated, maka kami mengajar secara isolated. naik menteri baru, minta ajar grammar secara isolated, naik menteri baru, minta ajar communicative english. jadi, belum sempat berkesan sesuatu, dieksperimentasikan bidang ini menjadi itu ini.
- A: tapi walau mcm na pun ak dan kawn2 aku ni bising di wall ni pasal apa pak menteri cakp, kami sedar kami makan gaji :) dan akan cuba mengadaptasikan segala macam genre baru yg akan dipersembahkan. kalau kami x mengajar, boikot dan sebagainya apakah nasib anak2 murid sekalian. dahulu ada program class reader (baca english books dalam kelas), sgt berkesan sbb pelajar dapat baca dan faham buku. tp da x buat da.
- MI: jgn la boikot bro,ko bkn keje kilang,kalau kilang paling teruk pun xkuar barang je.ko boikot xmngajar naya bebudak.=)
- A: W: da Great S is a great poet indeed.
- W: he was poetic when he talked to u people, wasn't he?
- A: W: yup. he was :D grasping all the literary elements..
- AH: when I studied Curriculum Design few years ago, at the very early stage of my reading, I found out that " A curriculum is a political tool". Why put a politician at the first place to head a ministry of 5 millions clients? A politician always think like a politician especially the current one... What had happened to the Sekolah Wawasan? can't be implemented because the minister will lose the votes of Chinese.. What had happened to PPSMI? can't be implemented because the minister will lose the votes of Malay.... kind of funny because the teachers and the students are merely a tiny rat inside a big lab called "the politics"...
- W: can't help but to agree with anwar. why isn't the education minister someone who is from this field? these are decisions to form the future of malaysia.A: Tun Dr M tried by appointing Tan Sri Musa Mohamad as an Education Minister. however, after that some politicians said dat it's against da tradition whereby the next PM usually comes from Education Minister (one of Menteri Kanan in cabinet). so, the new tradition brought up by Tun Dr M were not agreed (i guess). if not, the following Edu Minister should be from sum1 who KNOWS, UNDERSTAND AND HAVE BEEN IN THE TEACHING FIELD for certain periods. we always heard that education is a LAB and our students are the rat-labs and Teachers are the so-called-scientist but need to follow some stupidos-rules-of-thumb instead of coming up with their own hypothesis, inferences, etc.
"CIKGU PERLU BERSABAR..." --quote of the year for teachers!!
p/s: thanks to Facebookers who click the 'like' button on my wall. those 'Likers' are lecturers, teachers and teachers-to-be, students and future professionals. They understand and they can see what's happening around them :)
thank you,friends for the thoughts :) we are not a bunch of teachers who just sit and relax. we are teachers who know and can differ what are the best things for our students. Today's youngsters are future leaders.
thank you,friends for the thoughts :) we are not a bunch of teachers who just sit and relax. we are teachers who know and can differ what are the best things for our students. Today's youngsters are future leaders.
|thorempire|where arts meet language|since 2005|
~labels~
"n E w S",
2011,
bahasa,
borak kosong,
Kami Guru Malaysia,
Segamat,
Teachers
Subscribe to:
Posts (Atom)















