Thursday, December 08, 2005

hujan

titis-titismu
basahkan bumi,
segarkan tanah,
bangunkan kami
dari lena siang
yang panjang.

titis-titismu
kami biarkan berlaku.
jika lebat, lebatlah.
jika renyai, renyailah.
tiada daya kami melawan,
apa lagi menahan
cukup sekadar mendoakan
kesejahteraan.

titis-titismu
gusarkan hati-hati kami
bila akan berhenti
menjadi rahsia abadi.
kerana ketika kau basahi bumi,
jam mentari tiada lagi berfungsi
jam minda tiada upaya mengira.

titis-titismu
kata orang,
bak air mata. benarkah?

Monday, December 05, 2005

I can’t share my heart with you.


It’s forever single
And of course never be
more than this.
Yes, I can divide it
No, it’s not for you.
I will share mine
But sorry,
I will never share it
with you.

Mine is red, Yours is blue,
It’s fated, I will never be with you.

30th Nov 2005

Saturday, December 03, 2005

a night to remember

it's a stupid discussion
in a night to remember
(fine if you have forgotten),
my words' sweet
my soul's exposed
my heart winced
my mind's wedged
unable to control my lips
I began to speak
unclearly and softly.

it's a night to remember
as it's a night for us
expressing the sensation
ignoring the numbness
and anything and anybody
and else.

fine if you have forgotten
it's not that important
to remember this night
if you don't remember
we don't need to fight
to prove who is right.

I began to speak
softly and unclearly
to admit
I'm damn guilty.

apa dah jadi?

lidah kelu
mata kuyu
tengok langit
diam bisu.
dada sesak
hidung sempit
tengok ladang
daun layu.
kaki pijak
tangan sepak
tengok rumah
kayu api.
hati mati
otak mati
apa dah jadi
pada diri ini?

Monday, November 28, 2005

4getting u @ melupakanmu

hari ini
lembaran baru kubuka
kerana semalam
aku baru sahaja berduka.
ya, kurasakan seperti
semalam
sedangkan
duka terlipat kemas
sekian lama.

hari ini
aku cuba
berbekal kudrat
sekelumit cuma
memadam bait-bait
memori indah bersama
sekalipun kusedar
ku tiada upaya.

hari ini
bukan masa dulu
yang mana
sukaku sukamu
dukaku dukamu
kini
suka duka kita
adalah berbeda.

hari ini
segala bagiku
sukar
hingga ombak kecil
kurasakan besar
pantai dihempas
seperti hatiku
terhempas.

hari ini
dan saban hari
aku bertanya
bilakah keajaiban
akan muncul?
aku ingin keluar
segera
dari segala
memori duka

28Nov 2005

-a friend asked me to 'create' a poem based on her feelings. so I just write it..perhaps she likes it. ^_^ hoho

Saturday, November 26, 2005

mr sweet talker

I talk like a man,
but actually coward I am.

yes I talk a lot,
but most of them
can't be trusted.
I've dumped a girl
using my sweet words,
I've been rejected later
without any word.

yes life is fair enough
for a sweet talker like me.
perhaps others will put no trust
for a person like this.
I want to transform myself
to be not sweet talker anymore
but a person who talks less
and do more works.

lagu patriotik...

kampungku...

KAMPUNGKU SUDAH BERJAYA
PEMBANGUNAN SEKELILING
ADA JENTERA ADA KERETA PROTON SAGA
SAWAH PADI MENGUNING
NEGERIKU SUDAH MERDEKA
KEDAULATANNYA DIJUNJUNG
KUBEKERJA KUPERTAHANKAN MALAYSIA
ITU ADAT BERKAMPUNG
MAJULAH KAMPUNGKU
MALAYSIA OH TANAHAIRKU
WALAU DEKAT WALAUPUN BERIBU BATU
HANYA ENGKAU KAMPUNGKU

Tuesday, November 22, 2005

cerita tanpa kolaborasi

I

aku letih
mencari ruang-ruang di antara kalian yang bisa aku selitkan diriku
aku letih
mencari apa yang bisa buat kalian sedar akan wujudnya aku
aku letih
mencari apa yang kalian mahukan dari diriku
aku letih
mengikut apa yang kalian kerah, menurut apa yang kalian tuntut.

II

sudah lama aku tidak mengata orang
kerana dalam ramai aku seorang
yang ramai bisa mencaci hina aku
aku seorang dan hanya bisa mengata dalam hati

III

suatu hari aku akan hilang
relakan aku pergi
jangan terlalu sayang
kerna aku tak mau kau kecewa menanti